Sebuah kehilangan bukan sekadar bererti ketiadaan, sebaliknya sebuah proses perjalanan jiwa yang panjang, antara reda dan luka, antara sabar dan air mata.
Buku ini membawa anda menyelami seni berdamai dengan duka kehilangan, khususnya duka kehilangan anak yang sangat dikasihi.
Diadaptasi daripada karya klasik Imam Ibnu Nasiruddin Ad-Dimasyqi, berjudul Bard Al-Akbad ‘Inda Faqd Al-Aulad, buku ini diterjemah dan disusun semula dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, menyentuh dan penuh penghayatan untuk pembaca masa kini.
Apalah ertinya kehilangan, jika pada saat kehilangan itu kita banyak menemukan.
Setiap helaian halaman adalah panggilan untuk hati-hati yang sedang patah: bahawa kehilangan juga adalah bentuk cinta dari Allah, dan ada rahmat yang tersembunyi di sebalik setiap musibah yang dilalui.
Bacalah agar tangisanmu reda dengan harapan, dan langkahmu kembali kuat walau pernah rebah.
Peta Buku
Pengantar Penerbit
Pengantar Editor
Pengenalan kitab
Biodata penulis
Mukadimah Penulis
Bahagian 1: Sabar adalah Kunci Menuju Syurga: Menggali Hikmah di Balik Musibah Peta ringkas Bab 1: Bersabarlah, segunung pahala menantimu!
Bab 2: Musibah ada kerana Allah sayangkan kita
Bab 3: Tiga syarat sabar
Bab 4: Ujian adalah lumrah kehidupan
Bahagian 2: Anak Syurgawi: Pemergianmu yang Membawa Ketenangan Peta ringkas Bab 5: Kematian anak menghalang azab, mengundang nikmat
Bab 6: Janin yang gugur menarik ibu bapanya ke syurga
Bab 7: Usah bimbang, anak syurga bersama Nabi Ibrahim
Bab 8: Mengimpikan anak meninggal dunia dahulu
Bahagian 3: Dari Duka Menuju Damai: Langkah-Langkah Menuju Penyembuhan Peta ringkas
Bab 9: Kisah menarik dan ajaib berkat kesabaran
Bab 10: Kematian anak pembakar semangat untuk beramal
Bab 11: Strategi bagi mempertingkat prestasi sabar
Bab 12: Memberi motivasi kepada keluarga si mati dan diri sendiri
Bab 13: Melihat musibah dari sudut yang positif
Bahagian 4: Menangis dalam Bingkai Iman: Adab Berduka dalam Islam Peta ringkas Bab 14: Jagalah adabmu ketika meratapi kematian
Bab 15: Tangisan generasi salaf dalam syair mereka
Bab 16: Peringatan buat diri yang alpa
Bahagian 5: Dalam Genggaman Kasih Ilahi: Merelakan Kepergian yang Memilukan Peta ringkas Bab 17: Doa-doa bagi mereka yang ditimpa musibah
Judul: Turath - Melangkah selepas Patah: Seni Berdamai dengan Kehilangan Penulis: Ibnu Nasiruddin Al-Dimasyqi Penterjemah: Muhammad Hakim Rosly
ISBN: 978-629-493-081-0 Harga: RM 30.00
Melangkah Selepas Patah, Buku kehilangan anak, Buku motivasi selepas kehilangan, Reda selepas kematian anak, Buku Islam tentang ujian hidup Kematian anak dalam Islam, Anak syurgawi, Hikmah di sebalik ujian, Ganjaran pahala atas kesabaran, Timbangan amal di akhirat, Hari kiamat dan hisab, Ketenangan selepas ujian, Buku penguat semangat Islam, Reda dengan takdir Allah