Pengalaman penglibatan secara langsung dalam pengurusan acara rasmi di sekolah adalah faktor sebenar yang mencetuskan idea bagi menghasilkan penulisan ini. Matlamat utama penulisaan ini adalah bagi meningkatkan mutu pengurusan acara-acara tetap tahunan di sekolah. Hasrat menulis buku ini juga timbul kerana ingin membantu rakan-rakan yang terlibat mengurus acara-acara ini yang sekian lama tercari-cari sumber rujukan.
Penulisan buku ini berasaskan maklumat utama yang diperolehi penulis sepanjang mengikuti pengajian di peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia. Asas kedua adalah pengalaman penulis sendiri yang terlibat secara langsung mengurus acara-acara ini sejak mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Asas seterusnya adalah kemahiran mengurus yang ditimba sepanjang berkecimpung sebagai aktivis persatuan semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM menyediakan segala kemudahan dan bimbingan serta memberikan peluang memantapkan kemahiran mengurus organisasi.
Penulisan buku ini disusun dan diatur menggunakan pendekatan dari umum kepada khusus dengan dimulai oleh konsep pengurusan secara am. Pendekatan ini dilakukan dengan harapan semua pihak yang terlibat dengan projek ini mendapat gambaran mengenai pengurusan secara menyeluruh. Ini memudahkan mereka memahami bab-bab seterusnya yang dibincangkan secara terperinci. Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada aktiviti pengurusan projek. Elemen-elemen pengurusan am diserapkan dalam aktiviti pengurusan projek secara tidak langsung.
Pengenalan
Perancangan
Pengelolaan
Penstafan
Pengarahan
Pengawalan
Komunikasi
Pengurusan Projek
Deskripsi Jawatankuasa Induk
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Pengurus Projek
Bendahari
Jawatankuasa Kawalan Mutu
Jawatankuasa Hadiah dan Sijil
Jawatankuasa Jamuan
Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Keraian
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kawalan
Jawatankuasa Teknik Alatan dan Siaraya
Jawatankuasa Pertandingan dan Keputusan
Jawatankuasa Pendaftaran dan Pengelola Peserta
Jawatankuasa Buku Program dan Dokumentasi
Jawatankuasa Komunikasi dan Seranta
Jawatankuasa Teknik Pegawai
Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Dekorasi
Jawatankuasa Urus Setia
Pengurusan Projek Hari Kokurikulum Pendidikan Islam
Pengurusan Projek Pertandingan Kuiz Pendidikan Islam
Deskripsi Tugas Pegawai Pertandingan
Pengerusi Jemaah Hakim
Ketua Hakim
Hakim
Penjaga Masa
Jurukira
Pembantu Pertandingan
Pengacara
Pengelola Pertandingan
Pengerusi Pengelola Zon
Pengurusan Projek Mesyuarat Agung PIBG
Fasa Konsepsi dan Praperancangan
Fasa Perancangan
Fasa Pelaksanaan
Fasa Penamatan
Perlembagaan PIBG
Pengurusan Projek Hari Ucapan & Penyampaian Hadiah
Fasa Konsepsi
Fasa Perancangan
Fasa Pelaksanaan
Fasa Penamatan
Kertas Cadangan Hari Anugerah Kecemerlangan
Penutup
Rujukan
Biodata Penulis
Akan Terbit