Tengku Farith Rithaudden adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) SKALI dan bekas Presiden Persatuan Usahawan Tekno Malaysia ( TeAM).
Beliau memulakan kerjaya dengan menyertai sebuah bank pelaburan. kemudia berpindah ke sektor industri pembinaan sebelum menceburi bidang keusahawanan teknologi pada era 90-an.
Selepas melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam bisnes teknologi, beliau menghasilkan buku ini bagi berkongsi pengalamannya dengan usahawan-usahawan lain. Diharapkan kisah suka duka yang dialami oleh SKALI menjadi panduan dan inspirasi kepada usahawan lain, terutama mereka yang masih bekerja keras untuk berjaya dan jugabercita-cita menceburi bidang keusahawanan.
“… satu renungan yang jujur mengenai perjuangan usahawan tekno dalam perjalanan gila mengejar mimpi dotcom.”
Chris Chan Ketua Pegawai Eksekutif TMS Bhd
“Farith berkongsi pengalaman kumpulannya, kegagalan dan kejayaan dengan gaya yang mudah dan menghiburkan, menunjuk-kan komitmen beliau dalam membantu orang lain.”
Dato’ Nazir Razak Ketua Eksekutif Kumpulan, Kumpulan CIMB
Kandungan Dedikasi Pengenalan Kata-kata Awal Penghargaan Prolog Bab 1 Bertemu Bakal Rakan Kongsi Bab 2 Bandar Raya Multimedia Bab 3 Penubuhan SKALI Bab 4 Masuk ke dalam Api Bab 5 Menukar Model Perniagaan Retrospektif Bab 6 Cara-cara Bertahan dalam Bidang Perniagaan Bab 7 Mencari Penyelesaian Bab 8 Projek Mula Diterima Bab 9 Mempunyai Rangkaian dengan Komuniti Bab 10 Menggalakkan Keusahawanan Teknologi Bab 11 Persediaan bagi Disenaraikan Bab 12 SKALI Lagi... Epilog Indeks