Buku

The Presentation Secrets of Steve Jobs (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Carmine Gallo

RM 26.00 / RM 29.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

ISBN: 978-967-369-113-5

Kod Bar: 9789673691135

Muka Surat: 296

Saiz (inci):

Saiz (cm):

Tarikh Terbit: 13 Jun 2011

BISAC:

Tahukah anda?

Steve Jobs adalah penyampai hebat di pentas dunia. Tiada individu lain yang dapat menandinginya. Ramai yang sanggup datang sehari lebih awal ke lokasi persembahan Steve, bagi memastikan mereka mendapat kerusi terbaik dalam sesinya. Ramai peminatnya mengancam mahu memboikot acara Apple, hanya kerana Steve Jobs tidak lagi memberikan ucaptama yang biasa dilakukannya selama bertahun-tahun!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sama ada dia memperkenalkan iPhone baru ataupun menyampaikan ucaptama, Steve Jobs sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan sekadar menyampaikan maklumat beliau turut bercerita, melukis gambaran, dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Beliau memberikan pengalaman transformasi unik, penuh inspirasi dan keterujaan, yang tidak dapat dilupakan.

Buku ini adalah panduan terbaik, seolah-olah penyampai hebat itu sendiri menyampaikannya secara langsung kepada anda. Pakar komunikasi Carmine Gallo, mempelajari dan menganalisa penyampaian Steve, dan kemudian berkongsi pelbagai contoh, tip, teknik, dan rahsia penyampaian yang terbukti berkesan pada setiap masa. Menggunakan pendekatan revolusi ini, anda pasti terkejut mengetahui betapa mudahnya menjual, berkongsi keterujaan dan seterusnya membuatkan para penonton terkesima melihat penyampaian anda, gaya Steve Jobs. Anda akan belajar bagaimana bagi:

• Mewujudkan kisah jenama penuh inspirasi

• Menjawab soalan terpenting

• Mempunyai wawasan terperinci, mudah diingat, dan konsisten

• Memberikan makna kepada nombor

• Menyampaikan saat-saat yang tidak dapat dilupakan

• Menghasilkan slaid visual yang menawan

• Mewujudkan aura di atas pentas

• Menjadikannya kelihatan mudah

• Berlatih dengan efektif

• Berseronok

Buku ini tidak ditulis ataupun disahkan oleh Steve Jobs


PROLOG Bagaimana Menjadi Penyampai Hebat di Hadapan Semua Orang

 

BABAK 1 MEWUJUDKAN CERITA

 

ADEGAN 1 Perancangan Analog

ADEGAN 2 Jawab Satu Soalan Terpenting

ADEGAN 3 Tetapkan Tujuan yang Mulia

ADEGAN 4 Wujudkan Tajuk Utama Seperti Twitter

ADEGAN 5 Melukis Peta Jalan

ADEGAN 6 Memperkenalkan Antagonis

ADEGAN 7 Hero yang Hebat

 

PERKONGSIAN 1 Patuhi Peraturan Sepuluh Minit

 

BABAK 2 MENYAMPAIKAN PENGALAMAN

 

ADEGAN 8 Menyalurkan Zen Dalaman Mereka

ADEGAN 9 Berikan Makna kepada Nombor Penting

ADEGAN 10 Gunakan Perkataan yang ‘Zippy’

ADEGAN 11 Berkongsi Pentas

ADEGAN 12 Gunakan Prop dalam Penyampaian Kamu

ADEGAN 13 Dedahkan Detik yang ‘Mengejutkan’

PERKONGSIAN 2 Phil Schiller Belajar daripada yang Terbaik

 

BABAK 3 MEMPERHALUSI DAN BERLATIH

 

ADEGAN 14 Kehadiran Aura di atas Pentas

ADEGAN 15 Ia Kelihatan Mudah Sahaja

ADEGAN 16 Memakai Pakaian yang Sesuai

ADEGAN 17 Buang Skrip di Tangan

ADEGAN 18 Berseronoklah

 

ULANGAN Satu Perkara Lagi  

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024