Buku

Tip Menangani Buli Di Sekolah

oleh Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhamad

RM 22.50 / RM 25.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

ISBN: 978-983-3586-54-7

Kod Bar: 9789833586547

Muka Surat: 236

Saiz (inci):

Saiz (cm):

Tarikh Terbit: 19 Nov 2007

BISAC:

Terdapat banyak pendekatan yang sudah diambil,
tetapi situasi buli dan gengsterisme masih berlaku.
Kita boleh mengambil pendekatan menghukum
pelajar secara fizikal termasuk membuang mereka dari
sekolah. Bagaimanapun, itu hanyalah tindakan jangka masa
pendek. Mereka yang dikenakan hukuman mungkin akan
tercicir dari sistem persekolahan dan bakal menimbulkan
masalah lain pula dalam negara. Mereka juga mungkin terjejas
secara psikologi dan menjadi bertambah ganas.
Pada masa yang sama, mereka yang dibuli mungkin hilang
keyakinan diri ataupun ada yang bertukar menjadi pembuli
pula. Semua pihak perlu terima hakikat bahawa usaha bagi
menghapuskan gejala buli bukan mudah dan akan mengambil
masa, lebih-lebih lagi jika sikap suka membuli ini bermula dari
rumah. Lebih sukar lagi jika pelajar yang terlibat terlalu liar.
Kajian-kajian mengenai buli dimuatkan dalam buku bagi
memaklumkan kepada pembaca mengenai buli secara lebih
terperinci. Buku ini mengandungi 9 bab dan memuatkan cara
bagi mengurangkan gejala buli seperti Program Anti Buli yang
bertujuan memupuk kesedaran murid tentang perbuatan buli
serta Program Kemahiran Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
Berisiko Tinggi yang dikhususkan kepada guru bimbingan dan
kaunseling.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang berminat
hendak mengkaji buli. Begitu juga ia berfaedah kepada
kaunselor-kaunselor sekolah, ibu bapa, pelajar-pelajar IPTA/
IPTS yang berminat hendak mengetahui buli dengan lebih mendalam
mengenai buli. Semoga buku ini menjadi titik permulaan
kepada para penyelidik bagi mencari dan memahami apa buli
itu sebenar.

Prakata


Bab 1 : Tingkah Laku Distruptif
Bab 2 : Memahami Tingkah Laku Buli
Bab 3 : Pengaruh Perlakuan Buli di Kalangan Remaja
Bab 4 : Implikasi Buli
Bab 5 : Teori Perkaitan Perlakuan Buli
Bab 6 : Intervensi dan Pencegahan Buli
Bab 7 : Fenomena Buli dan Keselamatan Pelajar
di Sekolah
Bab 8 : Gengsterisme
Bab 9 : Ciri-ciri, Aktiviti dan Intervensi Gengsterisme
Rujukan
Indeks

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025