Artikel
Promosi Maulidur Rasul 2023: Yang Ditunggu dan Yang Terpilih: Muhammad s.a.w.
oleh Aisha Nizam pada 19 Sep 2023
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Setiap kali sambutan Maulidur Rasul menjelang, maka berkumandanglah selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w meniti di bibir para pecinta Nabi Muhammad s.a.w.
Muhammad bin Abdullah, nabi terakhir bagi umat Islam yang telah bertindak sebagai ‘rahmatan lil alamin’ kepada seluruh sejagat dan seisi dunia ini. Baginda bukan hanya dianggap sebagai ‘penanda akhir’ namun dengan kelahiran baginda, membuktikan bahawa baginda adalah pencetus segala kebangkitan dan menunjukkan bahawa dunia ini sudah pun mulai ‘menua’ seiring proses-proses menuju hari akhirat.
Oleh yang demikian, sempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini, selain kita berselawat, kita boleh mulakan kebiasaan dan persediaan baharu dalam menyambut hari kelahiran Rasulluah s.a.w iaitu dengan mula membaca dan mencontohi sikap dan amalan baginda sebagai ‘kebiasaan baharu’ dalam mempersiapkan diri menuju hari akhirat.
Mencintai dan meneladani sirah baginda bukan hanya untuk mengagumi baginda malah untuk dijadikan peringatan dan amalan. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”. (Riwayat Muslim).
Sempena Maulidur Rasul yang bakal tiba tidak lama lagi, PTS Media Group datangkan Kempen Promosi Maulidur Rasul 2023: Yang Ditunggu dan Yang Terpilih: Muhammad, untuk mengajak anda bersama-sama selami sirah dan ibrah dalam kisah inspiratif Nabi Muhammad s.a.w.
Buku-buku dalam kempen kali ini, menekankan pelbagai aspek kehidupan iaitu dalam mencontohi sikap baginda, mendidik anak-anak, serta banyak lagi aspek yang memaparkan contoh terbaik dalam kehidupan harian kita.
Promosi kali ini menawarkan 1 poskad istimewa: The Chosen One untuk para pembeli yang membeli mana-mana buku promosi; terhad kepada 1 keping poskad untuk setiap pembeli. Dapatkan bermula dari 18 September sehingga 15 Oktober 2023 di mana-mana kedai buku terpilih berhampiran anda. Ini termasuk Kedai Buku PTS, Kedai Borong PTS, MPH, SMO, Hasani, dan lain-lain. Mahu mendapatkannya secara atas talian? Dapatkan di bookcafe.com.my atau di TikTok Shop Buku PTS.
Akhir sekali, ayuh sempena Maulidur Rasul kali ini, kita menyelami dan mencontohi Nabi Muhammad s.a.w sebagai persiapan menuju akhirat, di samping menjadi seorang hamba Allah yang mampu mengimbangi dunia dan akhirat, InsyaAllah.
#maulidurrasul #maulidurrasul2023 #yangditunggudanyangterpilih #inspirasi muhammad #rakPTS #bukupts #nadiperjuanganbahasa #23tahunmemandaikanbangsa