Artikel
RIHLAH RAMADAN 2026: SABAR DAN SYUKUR DALAM PERJALANAN HIDUP
oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 18 Feb 2026
Ramadan kembali menyapa dengan penuh rahmat dan keberkatan. Bulan yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan yang mendidik jiwa tentang erti sabar, tentang makna syukur, dan tentang perjalanan hidup yang sentiasa memerlukan kita untuk kembali kepada Allah.
Sempena hadirnya bulan mulia ini, PTS Media Group mempersembahkan kempen Rihlah Ramadan 2026 dengan tema “Sabar dan Syukur dalam Perjalanan Hidup.” Sebuah kempen yang mengajak pembaca mengambil jeda daripada kesibukan dunia, lalu merenung kembali nikmat yang sering terlepas pandang serta mempelajari hikmah di sebalik setiap ujian.
Dalam perjalanan hidup, tidak semua hari dipenuhi cahaya. Ada waktunya kita diuji dengan kesempitan, kehilangan, dan kelelahan yang tidak terlihat. Namun di situlah sabar dibentuk dan dalam setiap nikmat yang hadir seperti kesihatan, keluarga bahagia, rezeki dan kesempatan bertemu Ramadan.
Sebagai teman perjalanan rohani sepanjang bulan mulia ini, PTS membawakan koleksi buku-buku pilihan yang selari dengan tema kempen — antaranya karya-karya yang menyentuh tentang tadabbur, perjalanan spiritual, sirah, motivasi jiwa dan penghayatan ibadah. Setiap halaman adalah undangan untuk lebih mengenal diri, memperhalusi iman dan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT.
Sebagai tanda penghargaan kepada para pembaca yang menyokong kempen ini, PTS turut menyediakan hadiah percuma sepanjang Rihlah Ramadan seperti buku doa percuma dengan pembelian mana-mana buku PTS dan set sejadah mini & buku doa percuma dengan pembelian RM50 dan ke atas. Buku-buku ini boleh didapati di kedai buku terpilih di seluruh Malaysia sepanjang tempoh promosi bermula 9 Februari hingga 20 Mac 2026.
Rihlah Ramadan bukan sekadar kempen, ia adalah sebuah panggilan dan ajakan untuk kita kembali menilai perjalanan hidup bahawa setiap ujian adalah didikan, dan setiap nikmat adalah amanah. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik mula untuk kita belajar bersabar tanpa berputus asa dan meraih sakinah yang bukan sekadar singgah di hati, tetapi menetap dengan tenang.
Marilah bersama menyertai kempen Rihlah Ramadan 2026 dan temukan makna sabar serta syukur dalam setiap helaian bacaan kerana dalam perjalanan hidup. Semoga kita semua menemukan jalan pulang di balik keberkatan bulan Ramadan.









