Buku

Tafsir Ayat Ahkam- Edisi Kemas Kini

oleh Dato Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff

RM 35.00 / RM 38.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-481-562-2

Muka Surat: 487

Saiz:

Tarikh Terbit: 15 Feb 2021

Kategori:

Al-Quran adalah kitab pedoman hidup insani. Bimbingan dan panduan untuk beroleh kejayaan, ketenangan dan kemakmuran hidup atas landasan yang benar. Kitab Al-Quran mengandungi peraturan, bimbingan, panduan untuk diamalkan oleh setiap Muslim dari pelbagai strata kehidupan individu dan sosial. Mematuhi setiap peraturan, hukum hakam dan larangannya adalah wajib tanpa sebarang kompromi.

Buku Tafsir Ayat Ahkam ini menghuraikan secara terperinci dan menyeluruh ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan peraturan dan hukum-hakam. Setiap huraian disertakan dengan sebab-sebab penurunan ayat (asbabul nuzul), makna perkataan terpilih, keterangan keseluruhan secara umum dan pengajaran yang diperolehi daripada setiap ayat. Dengan bahasa yang ringkas tetapi padat berserta contoh semasa dan sejarah Islam, penulis berupaya mengupas setiap keterangan dengan pendekatan yang memikat dan mudah difahami.

Perbahasan hukum-hukum dalam buku ini adalah daripada sudut pandangan aliran pendapat Shafie yang menjadi pegangan masyarakat beragama di Malaysia. Beberapa pendapat dari kalangan mazhab lain juga ditonjolkan untuk tujuan perbandingan bagi menunjukkan keluasan yang terdapat di dalam Islam dan bukan bertujuan mematahkan pendapat mana-mana mazhab dalam Fiqh Islam.

  1. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 164
  2. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 183-187 19
  3. Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 219-220 65
  4. Tafsir Surah Ali-Imran 28-29 83
  5. Tafsir Surah An-Nisa’ Ayat 1-4 101
  6. Tafsir Surah An-Nisa’ Ayat 5-6 115
  7. Tafsir Surah An-Nisa’ Ayat 34-36 131
  8. Tafsir Surah An-Nisa’ Ayat 58-59 159
  9. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 33-35 177
  10. Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 38-40 193
  11. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 17-18 213
  12. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 60 227
  13. Tafsir Surah At-Taubah Ayat 122-123 241
  14. Tafsir Surah An-Nahl Ayat 125-128 259
  15. Tafsir Surah Al-Hajj Ayat 77-78 281
  16. Tafsir Surah An-Nur Ayat 1-3 297
  17. Tafsir Surah An-Nur Ayat 6-9 313
  18. Tafsir Surah An-Nur Ayat 30-31 333
  19. Tafsir Surah Luqman Ayat 12-15 355
  20. Tafsir Surah Al-Ahzab Ayat 4-5 371
  21. Tafsir Surah Yasin Ayat 38-40 391
  22. Tafsir Surah Sad Ayat 10-11 403
  23. Tafsir Surah Muhammad Ayat 33-35 413
  24. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 6-10 425
  25. Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 11-12 443

Bibliografi

Biodata Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024