"Marilah kita menemui Ibnu Abbas. Semoga Ibnu Abbas dapat menyelesaikan masalah ini," kata sebahagian daripada mereka memberi cadangan.
"Ya, betul! Ibnu Abbas begitu mahir dalam ilmu Quran. Marilah kita seua ke sana," kata mereka menyokong cadangan itu.
Apakah yang menyebabkan orang ramai datang menemui Ibnu Abbas? Apakah keistimewaan Ibnu Abbas sehingga beliau digelar pentafsir Quran yang baik.
Buku ini menghimpunkan 31 Kisah Sahabat untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri Teladan ini:
Pengintip Kota Syam
Sayap dari Syurga