Buku

40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa

oleh Ibnu Jauzi

terjemahan oleh Nurul Amin Mustafa

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-033-9

Muka Surat: 224

Saiz (inci): 5.3 x 7.6

Tarikh Terbit: 20 Aug 2024

Kategori:

Buku 40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa tulisan Imam Ibnu al-Jauzi adalah gabungan dua karya yang sentimental pada zamannya. Tulisan ini adalah luahan dan wasiat Imam Ibnu al-Jauzi kepada anaknya ketika anaknya dilihat semakin lalai dan malas.

Kitab Laftah Al-Kabid Ila Nasihah Al-Walad mengandungi mutiara nasihat dan pedoman hidup yang bernilai. Nasihatnya mengenai pembinaan diri, disiplin hidup serta teguh menahan ujian hidup.

Buku Birr Al-Walidain pula menekankan akhlak dan etika sebagai seorang anak. Luahan Imam Ibnu al-Jauzi berjaya mewakili perasaan dan harapan seorang ibu dan bapa dalam bentuk nasihat yang jujur.

Walaupun nasihat ini ditujukan kepada anaknya secara peribadi, namun nasihat ini dapat dijadikan tiang dan asas dalam membina generasi yang cemerlang. Buku ini adalah ‘blueprint’ Imam Ibnu al-Jauzi kepada anaknya dan masyarakat bagi menjadi seorang yang berjaya dan berakhlak mulia. Selamat membaca.

 

 

ISI KANDUNGAN 

 

Peta Buku

Pengantar Penerbit

Pengenalan

Sekilas Mengenai Buku 40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa

Nasihat 1: Berbakti kepada Ibu Bapa dan Menyambung Silaturahim

Nasihat 2: Arahan Menghormati Ibu Bapa dan Mengerat Tali Persaudaraan

Nasihat 3: Nabi Menyuruh Kita Berbakti kepada Ibu Bapa

Nasihat 4: Berbakti kepada Ibu Bapa Mengatasi Kelebihan Jihad

Nasihat 5: Berbakti kepada Ibu Bapa Mengatasi Kelebihan Hijrah

Nasihat 6: Amalan yang Paling Dicintai adalah Berbuat Baik kepada Ibu Bapa

Nasihat 7: Berbaktilah! Pasti Umurmu Bertambah!

Nasihat 8: Bagaimana Kita Menghormati Ibu Bapa?

Nasihat 9: Dahulukan Ibumu Mengatasi Orang Lain!

Nasihat 10: Pengorbanan Seorang Anak

Nasihat 11: Pahala Melakukan Kebaikan kepada Ibu Bapa

Nasihat 12: Kesungguhan Seorang Anak

Nasihat 13: Siapa yang Menentang, Dosanya Seluas Buih di Lautan

Nasihat 14: Anak Derhaka Hanya Mengundang Malang

Nasihat 15: Bagaimana Kita Terjebak dalam Sempadan Penderhakaan 

Nasihat 16: Yakinlah, Doa Ibu dan Bapamu Pasti Diperkenankan!

Nasihat 17: Kisah Makbulnya Doa Ibu dan Ayah

Nasihat 18: Dosa Anak yang Tidak Mahu Mengakui Bapanya

Nasihat 19: Jangan Berkira dengan Ayah Kita

Nasihat 20: Hubungan Berkekalan Setelah Kematian Mereka

Nasihat 21: Menjalinkan Hubungan dengan Kenalan Rapat Mereka

Nasihat 22: Menziarahi Pusara Mereka

Nasihat 23: Silaturahim: Penyumbang Pahala, Penghapus Dosa

Nasihat 24: Peringatan dan Motivasi yang Tersirat dalam Nasihat yang Bermakna Ini

Nasihat 25: Kewajipan, Kebaikan dan Semangat yang Tinggi

Nasihat 26: Bertakwalah kepada Allah s.w.t., Dia akan Mengajarkan Kepadamu

Nasihat 27: Menjaga Waktu dan Merebut Peluang

Nasihat 28: Adakah Akhirat Nan Abadi Dapat Diganti?

Nasihat 29: Sedar dari Kelalaian

Nasihat 30: Melatih dan Mendidik Diri Sepanjang Siang dan Malam

Nasihat 31: Ilmu Menandingi Ibadah Sunat

Nasihat 32: Berwaspada daripada Kelalaian dan Gangguan

Nasihat 33: Tidak Berharap kepada Manusia

Nasihat 34: Jika Tulus Sebuah Takwa, Segala Kebaikan Terbentang di Hadapan Kamu

Nasihat 35: Belajarlah daripada Generasi Salaf as-Salih!

Nasihat 36: Hafalan adalah Modal yang Amat Mahal

Nasihat 37: Ilmu dan Amal, Seiring dan Sejalan

Nasihat 38: Bacalah Kitab-Kitab yang Luar Biasa Ini!

Nasihat 39: Sikap Penasihat yang Terpuji

Nasihat 40: Menunaikan Amanah

Penutup

 

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024