As-Syamail Al-Muhammadiyah - Edisi Kemas Kini Harga Ekonomi
oleh Imam Tirmizi, Muhammad Masnur Hamzah


Versi Cetak

RM 38

Beli Online

Boleh juga dibeli di Kedai Buku PTS

Sabah/Sarawak: RM 41
Format:
Saiz: 6"x9"

Jumlah Muka Surat: 504

ISBN-13: 978-967-411-896-9

Tarikh Terbit: 14 Oct 2016

PTS Publishing House


Versi eBook

Daripada penterjemah: Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah. Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW. Mereka itu di antaranya:Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid WashilSyeikh Prof. Dr, Ali Jum’ahSyeikh Prof. Dr. Ali as-SalûsSyeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûfSyeikh Dr. Ahmad YusriSyeikh Dr. Abdurrahman al-‘AdawiySyeikh Ibrahim Abdul Ba’its al-KattaniSyeikh Nuruddin Marbu al-Banjari Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn. Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat. ”Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir.” Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu. Kaherah, Rabi’ul Awwal 1431 H. al-faqir ilâ ‘afwi wa rahmati Rabbihî Muhammad Masnur Hamzah

1 Fizikal Rasulullah
2 Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah
3 Rambut Rasulullah
4 Cara Rasulullah Merapikan Rambut
5 Uban Rasulullah
6 Semir Rambut Rasulullah
7 Celak Mata Rasulullah
8 Pakaian Rasulullah
9 ‘Isy Rasulullah
10 Kasut Rasulullah
11 Sandal Rasulullah
12 Cincin Rasulullah
13 Cara Rasulullah Memakai Cincin
14 Pedang Rasulullah
15 Baju Besi Rasulullah
16 Topi Besi Rasulullah Ketika Perang
17 Serban Rasulullah
18 Kain Sarung Rasulullah
19 Cara Rasulullah Berjalan
20 Kain Penutup Kepala
21 Cara Rasulullah Duduk
22 Tempat Rasulullah Bersandar
23 Cara Rasulullah Bersandar
24 Cara Rasulullah Makan
25 Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah
26 Lauk yang Dimakan Rasulullah
27 Wuduk Rasulullah
28 Doa Rasulullah Sebelum dan Sesudah Makan
29 Cawan Minum Rasulullah
30 Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah
31 Minuman Rasulullah
32 Cara Rasulullah Minum
33 Wangian Rasulullah
34 Cara Rasulullah Berbicara
35 Cara Rasulullah Tertawa
36 Cara Rasulullah Bergurau
37 Syair Rasulullah
38 Bual Bicara Rasulullah
39 Cara Tidur Rasulullah
40 Ibadah Rasulullah
41 Solat Dhuha Rasulullah
42 Solat Sunat Rasulullah di Rumah
43 Puasa Rasulullah
44 Cara Rasulullah Membaca Quran
45 Tangisan Rasulullah
46 Tempat Tidur Rasulullah
47 Sifat Tawaduk Rasulullah
48 Akhlak Rasulullah
49 Sifat Malu Rasulullah
50 Berbekam
51 Nama-Nama Rasulullah
52 Kehidupan Rasulullah
53 Usia Rasulullah
54 Kewafatan Rasulullah
55 Harta Warisan Rasulullah
56 Melihat Rasulullah dalam Tidur

Buku Berkaitan

Berita

5 Buku Rujukan Agama Rentas Zaman

Sesetengah buku hanya mampu hidup dan bertahan pada musim ataupun trend tertentu yang sedang popular.... Selanjutnya»


Errata