Bekerja dengan keluarga tidak semudah disangka orang. Tersilap langkah kita mungkin akan dibelenggu 1001 macam masalah. Bisnes keluarga yang berjaya dan bertahan lama adalah banyak, namun bilangan yang kecundang dan berpecah-belah tidak sedikit. Walaupun nampak remeh, namun ia tidak boleh dibiarkan berterusan.
Saya menghabiskan lebih 15 tahun daripada kehidupan saya mengurus bisnes keluarga. Penglibatan yang lama itu menjadikan saya 'masak' dengan isu-isu yang wujud dalam bisnes keluarga. Melalui pengalaman sendiri dan juga mengutip pengalaman orang lain yang terlibat dalam bisnes keluarga, saya melihat beberapa masalah berlaku berulang-ulang.
Ini mendorong saya menulis buku ini bagi berkongsi serba sedikit pengetahuan yang ada.
Buku ini membongkar senario dan masalah yang sering dihadapi oleh bisnes keluarga dan cara mengatasinya. Penulis turut berkongsi dilema yang dihadapi sepanjang beliau menguruskan bisnes keluarga. Diterangkan dalam bentuk yang menarik, telus dan jelas berserta contoh-contoh masalah dan cara mengatasinya. Turut dipaparkan contoh-contoh bisnes keluarga yang berjaya di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Bab 1 Bisnes Keluarga Membina Kerjaya dalam Bisnes Keluarga Beza Bisnes Keluarga dengan Bisnes Lain Kitaran Hidup Bisnes Keluarga Perbezaan Mentaliti antara Pengasas Bisnes dan Pengganti
Bab 2 Jangka Hayat Suasana dalam Bisnes Keluarga Jangka Hayat Bisnes Keluarga Mengapa Bisnes Keluarga Tidak Bertahan Lama?
Bab 3 Dilema dalam Bisnes Keluarga Dilema dalam Bisnes Keluarga
Bab 4 Isu Pengurusan 22 Isu Klasik dalam Bisnes Keluarga
Bab 5 Menangani Isu Pengurusan Cara Tangani Isu dalam Bisnes Keluarga
Bab 6 Pengganti Menyediakan Calon Pengganti ataupun MD Siapakah Calon Pengganti En. Johan? Persediaan bagi Calon Pengganti Masa yang Sesuai Menyerahkan Kuasa Pesanan kepada Calon Pengganti
Bab 7 Pengurusan Syarikat Syarikat Sendirian Berhad dan Lembaga Pengarah Syarikat Lembaga Pengarah Syarikat Tugas dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah Masalah Lembaga Pengarah Cara Meningkatkan Peranan Lembaga Pengarah
Bab 8 Penyertaan Ahli Kuluarga Perkara-perkara yang Perlu Dibincangkan Pesanan untuk Mereka yang Terlibat dalam Bisnes Keluarga
Bab 9 Kongsi Pengalaman Kisah 1: Ayahku Bos Besar Kisah 2: Apabila Ekonomi Merudum Penutup
Lampiran 1 Contoh Senarai Tugas di Syarikat Alifbata (1) Contoh Senarai Tugas di Syarikat Alifbata (2) Contoh Carta Organisasi Syarikat Alifbata