Buku
Batik Ropol-Ropol
Beli Versi Cetak
Tiada lagi ulang cetak
ISBN: 978-967-369-065-7
Kod Bar: 9789673690657
Muka Surat: 208
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 26 Mar 2012
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Tiada lagi ulang cetak
ISBN: 978-967-369-065-7
Kod Bar: 9789673690657
Muka Surat: 208
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 26 Mar 2012
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Kehidupan sebagai remaja kota yang terabai dek kesibukan ibu dan ayah menyebabkan Haziq menjadi nakal di sekolah. Selama itu dia hanya menumpang kasih dengan pembantu rumah, Neng Inul.
Di sekolah, Haziq gemar mengacau kawan, membuli, mengejek dan yang paling teruk, bergaduh. Suatu hari, ibu dan ayahnya dipanggil ke sekolah kerana perbuatan Haziq yang semakin menjadi-jadi. Haziq kesal kerana membuat ibu bapanya kecewa. Kesalnya tidak berguna kerana ibu bapanya sepakat mengambil keputusan mahu menghantarnya ke sekolah kampung di Melaka.
Haziq terpaksa akur tinggal bersama datuknya, Tok Kamal. Semakin hari mengenali orang tua itu, barulah Haziq tahu yang datuknya itu berniaga batik konvensional. Haziq seorang yang kreatif mengambil inisiatif membantu datuknya mereka pattern retro dan vintaj supaya bersesuaian dengan kehendak masa kini. Julia, jiran sebelah rumah dan juga rakan sekelasnya selalu mahu membantu. Julia selalu diejek oleh kawan-kawan nakal sebagai Julia Jong kerana struktur giginya yang tidak kemas. Walaupun pada awalnya Haziq rimas dengan kehadiran Julia, lama kelamaan dia berasakan Julia ikhlas dan punya idea yang rasional bagi menolong Tok Kamal.
Bermulalah kisah Haziq dan Julia memberi suntikan moden kepada pattern batik Tok Kamal. Mereka ada pelanggan tetap yang bernama Cik Siti Situ Sana Sini. Siapakah wanita ini? Adakah Dato' Siti Nurhaliza?
.