Buku

Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran

oleh Nazifatunnisa Salim

RM 30.00 / RM 33.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Ebook

ISBN: 978-967-481-985-9

Kod Bar: 9789674819859

Muka Surat: 200

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 9 Apr 2023

Kategori:

BISAC: FAMILY & RELATIONSHIPS / Parenting / General (FAM034000)

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya.

Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.

Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.

Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran adalah naskhah yang sesuai dijadikan panduan buat ibu bapa yang berhasrat mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam yang bersumberkan panduan wahyu al-Quran. Adunan beberapa contoh cabaran mendidik anak masa kini dan prinsip al-Quran yang dijahit kemas dalam penulisan buku ini menjadikan buku ini naskhah wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa di luar sana.

Isi Kandungan

 

Pendahuluan

Bahagian 1: Asas Keluarga Mukmin

Berhimpun di syurga tujuan utama

 

Bahagian 2: Anak dalam Al-Quran

Pertama: Anak sebagai fitnah (فِتْنَةٌ)

Kedua: Anak sebagai zinah (زينَةُ)

Ketiga: Anak sebagai ‘aduw (عَدُوًّا)

Keempat: Anak sebagai qurrata ‘ayun (قُرَّةَ أَعيُن)

Bahagian 3: Kukuhkan Tauhid yang Utama

Mengenal Allah s.w.t. asas kebahagiaan

Menanam tauhid bermula sebelum anak bercerai susu

Nasihat Luqman tentang tauhid

Mendidik anak melalui asma al-husna

 

Bahagian 4: Mengajarkan Solat

Solat hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t.

Peringkat mengajarkan anak solat

 

Bahagian 5: Mencintai Al-Quran

Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t.

Matlamat mengajar anak-anak membaca Al-Quran

 

Babhagian 6: Mencintai Rasulullah s.a.w.

Menanamkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w.

Mengajarkan amalan-amalan sunnah Nabi s.a.w.

Berakhlak seperti akhlak Nabi s.a.w.

Surah Luqman mengajar supaya kita mementingkan akhlak

 

Bahagian 7: Mengurus Emosi Anak

Kekalkan momentum kasih sayang dalam keluarga

Kepentingan mengurus emosi anak-anak

Mendidik anak-anak berfikiran positif

 

Bahagian 8: Panduan Surah Al-Fatihah

Kepentingan memahami surah Al-Fatihah

Memahamkan anak-anak tentang ma’rifatullah

Mendidik anak-anak supaya bergantung kepada Allah s.w.t.

Mendidik anak-anak untuk berdoa

 

Bahagian 9: Pedoman Keibubapaan daripada Al-Quran

Nabi Yaakub a.s. dalam surah Yusuf

Ibunda Maryam dalam surah Ali Imran

Ibu Nabi Musa a.s. dalam surah Taha

Ketokohan ayahanda Nabi Ismail a.s. dan kebijaksanaan Saidatina Hajar r.a. dalam mendidik anak

 

Penutup : Sekeluarga Masuk Syurga

Rujukan

 

Biodata Penulis

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025