Hari itu hari yang bermakna dalam hidup Suri Dahlia. Usianya genap 15 tahun. Suri Dahlia mengayuh basikal ke sekolah dengan penuh semangat. Sangkanya ada kejutan yang menanti di sekolah sempena hari jadinya. Sengaja dia tidak bersarapan. Terbayang-bayang jamuan sempena hari jadinya. Pasti enak makanan yang dibawa oleh rakan-rakannya. Namun lain yang diharap, lain jadinya.
-
Kali pertama dalam sejarah dia lewat sampai ke sekolah.
-
Kali pertama dalam sejarah namanya direkod dalam buku rekod disiplin pengawas sekolah.
-
Kali pertama dalam sejarah dia gagal ujian sejarah dan ditertawakan oleh rakan-rakan lain.
Tidak tamat di situ kisah malang Suri Dahlia, basikalnya pula hilang. Terpaksalah Suri Dahlia berjalan kaki pulang ke rumah dalam keadaan kelaparan. Marahnya kepada semut membuak-buak.
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15