Yaya, BoboiBoy, Yin, Fang dan Gopal menubuhkan Kelab Misteri di sekolah untuk menyelesaikan apa sahaja misteri. Apabila seorang demi seorang pelajar datang dengan khabar angin tentang sumpahan dan misteri bangunan usang di sekolah, mereka berjanji akan membongkarkan setiap tipu daya di sebalik misteri itu. Namun, surat ugutan yang tidak putus-putus dihantar kepada Kelab Misteri membuatkan Yaya tertanya-tanya. Siapakah penjenayah di sebalik topeng hantu harum ini.