Tidak dapat dinafikan bahawa kekuasaan Allah meliputi seluruh kejadian alam yang dicipta-Nya. Mengakui keesaan dan kekuasaan Allah itu adalah cabang iman sebenar. Apabila kita mengamati ayat-ayat Allah itu degan kesedaran tentang kekuasaan-Nya, pastilah timbul rasa yang mengagumkan. Tinggalkanlah sejenak segala kesibukan kita, nescaya kita akan dapat merasai kekaguman itu.
Topik yang dikupas oleh penulis adalah tentang kejadian manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, angkasa raya, dan sumber rezeki. Melalui perbincangan pelbagai peristiwa dan makhluk yang dicipta oleh Allah, tentu para pembaca akan menyedari kekuasaan Allah yang wujud pada setiap saat dan tempat.
BAHAGIAN 1: ALAM SEMESTA
BAHAGIAN 2: MANUSIA
BAHAGIAN 3: BINATANG
BAHAGIAN 4: TUMBUH-TUMBUHAN