Dibah Debab menceritakan seorang pelajar yang berbadan besar tetapi sentiasa berfikiran positif. Dia mempunyai impian menyertai kumpulan pelajar popular di sekolahnya iaitu The Princess. Mereka semuanya cantik, kaya tetapi sombong. Mereka tidak sukakan Dibah yang gemuk dan sering mengejeknya. Walaubagaimanapun, ketua kumpulan itu iaitu Natasya rupanya telah menipu dan berlagak kaya. Dan satu hari perbuatannya terbongkar, dia menuduh Dibah membongkar rahsianya yang cuma anak penjual ikan masin kerana Dibah dan ibunya pernah terserempak dengan Natasya yang sedang membantu keluarganya di pasar. Tetapi rupa-rupanya kawan-kawan sekumpulannya sendiri yang cuba mensabotaj Natasya. Sejak itu, Natasyah belajar mengenali maksud 'sahabat'.