Buku

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang

oleh Dr. Hasan Mohd. Ali

RM 30.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak

Tiada lagi ulang cetak

ISBN: 978-967-411-389-6

Kod Bar: 9789674113896

Muka Surat: 416

Saiz (inci):

Tarikh Terbit: 12 Feb 2015

BISAC:

FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil.

Pendekatan buku ini adalah berbentuk pembaikan. Pendekatan seperti ini didapati sesuai dan dalam perbincangan yang diadakan dengan ahli-ahli keluarga yang terlibat, sebahagian besarnya bersetuju dengan pendekatan sedemikian. Pendekatan seperti ini apabila diamati, bukan sahaja dapat membuka ruang garis tindakan yang perlu diambil bagi setiap pasangan suami isteri yang terlibat, malah ia dapat memandu pasangan suami isteri setakat yang berkaitan, mencari jalan yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ramai antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang dapat dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah, dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan untuk pasangan suami isteri mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan bagi meredakan masalah yang dihadapi.

Diharapkan supaya para pembaca dengan semangat positif menerima saranan yang dikemukakan ini.

Bahagian 1: Fahami Aku Sayang

  • Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku

  • Isteriku, Jagalah Rumahku

  • Isteriku, Janganlah Leteri Aku

  • Isteriku, Fahamilah Perasaanku

  • Isteriku, Berbincanglah Denganku

  • Isteriku, Hiasilah Dirimu

  • Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku

  • Isteriku, Hargailah Pemberianku

  • Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-Anak

  • Isteriku, Jagalah Makan Minumku

  • Isteriku, Jagalah Pakaianku

  • Isteriku, Didiklah Anak-Anakku

  • Isteriku, Raikan Keluargaku

  • Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran dan Kelebihanmu

  • Isteriku, Janganlah Membuang Masamu

  • Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah

  • Isteriku, Patuhlah Kepadaku

  • Isteriku, Janganlah Cemburu Buta

  • Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu

  • Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku

  • Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku

  • Isteriku, Jadikan Anak-Anakku Insan Berakhlak Mulia

  • Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku

  • Isteriku, Janganlah Boros

  • Isteriku, Hargailah Kejayaanku

  • Isteriku, Galakkanlah Hobiku

  • Isteriku, Suburkan Pembangunan Intelekku

  • Isteriku, Berjimat Cermatlah

  • Isteriku, Berterus-Terang dan Berkomunikasilah Denganku

  • Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku

 

Bahagian 2: Dengari Aku Abang

  • Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu

  • Suamiku, Fahami Perubahan Semula Jadi Isterimu

  • Suamiku, Jangan Cepat Cemburu

  • Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu

  • Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarah

  • Suamiku, Berusahalah Mengambil Hati Isterimu

  • Suamiku, Sesekali Pandailah Memuji Isterimu

  • Suamiku, Rajinlah Membantu Isterimu

  • Suamiku, Janganlah Mata Keranjang

  • Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku

  • Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu

  • Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu

  • Suamiku, Jangan Suka Berbohong

  • Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu

  • Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga

  • Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil

  • Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum

  • Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-Anak

  • Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu

  • Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik

  • Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar

  • Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu

  • Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu

  • Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu

  • Suamiku, Jangan Terlalu Boros

  • Suamiku, Janganlah Terlalu Ego

  • Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber

  • Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu

  • Suamiku, Fahamilah Tahap-Tahap Perubahan dalam Perkahwinan

  • Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024