Buku

Kitab as-Siyasah

oleh Ibnu Sina

terjemahan oleh Che Ameir Hamdi

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-067-4

Kod Bar: 9786294930674

Muka Surat: 148

Saiz (inci):

Saiz (cm):

Tarikh Terbit: 22 Nov 2024

Kategori:

BISAC:

Buku ini ditulis ketika Ibnu Sina menyedari kepentingan sebuah institusi keluarga yang kecil terhadap sesebuah negara. Ibnu Sina mempercayai setiap manusia ditakdirkan dengan kepakaran yang berbeza dan berstruktur. Tidak semua boleh menjadi pemimpin dan bukan semua boleh menjadi petani. Namun sebuah negara tetap menggantungkan nasibnya pada semua golongan ini.

Politik bagi Ibnu Sina bukan hanya ditumpukan kepada soal pentadbiran negara, bahkan politik berkait rapat dengan aspek pengurusan individu terhadap dirinya sendiri di samping menguruskan apa yang berlegar di sekitarnya.

Pengurusan diri dan keluarga yang baik tunjang kemajuan sebuah negara. Membaca karya ini membolehkan pembaca memahami struktur masyarakat dengan lebih sempurna. Ibnu Sina tidak bercakap tentang agama, tetapi tentang pembangunan diri dan negara yang unggul.

Peta Buku

Pengantar Penerbit

Pengantar Editor

Ada Apa dengan Ibnu Sina? 

Pendahuluan Kitab al-Siyasah

Bab 1- Manusia Berbeza antara Satu sama Lain

Bab 2- Pentingnya Mengurus

Bab 3- Mulakan dengan Mengurus Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Bab 4- Mengurus Pendapatan dan Perbelanjaan

Bab 5- Mengurus Pasangan

Bab 6- Mengurus Anak

Bab 7- Mengurus Pembantu Rumah dan Pekerja

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024