Buku

Kuasa 4

oleh Suzanna Md Dahan

RM 13.50 / RM 14.50Sabah/Sarawak
Beli Online (Versi Cetak)
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5136-49-8

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 13 Jun 2010

Mengisahkan Hanafi, seorang remaja yang mudah gelabah dan seorang yang rabun. Beliau mempunyai tiga rakan lain, Syed, Zahri dan Lutfi. Mereka adalah sekumpulan remaja yang baru tamat SPM dan tinggal di sebuah kampung di Temerloh.

 

Kesemua mereka mendapat kuasa tersendiri akibat satu insiden di sebuah kubur seorang panglima tanah perkuburan. Hanafi mempunyai kuasa iaitu pandangan tajam yang membolehkannya nampak benda yang jauh atau di dalam gelap dan adakalanya benda ghaib.

 

Syed bekerja sambilan di klinik abangnya bila tiba cuti sekolah. Dia sering diusik dengan panggilan ‘nurse’(jururawat). Syed pula berkebolehan membaca gerak bibir.

 

Zahri menolong ibunya di kedai runcit milik keluarga. Seringkali cuba untuk menjadi ejen jualan langsung dan meletakkan pelbagai barang baru di kedainya untuk makcik-makcik yang berkunjung. Zahri berkebolehan mendengar bunyi yang jauh mahupun perlahan.

 

Lutfi ialah anak seorang penternak kambing yang berjaya. Lutfi berkebolehan mengecam bau terutama sekali bau kambing-kambingnya.

 

Hal kuasa ajaib yang dimiliki ini kemudian diketahui berhubung kait dengan keturunan pahlawan yang ada dalam darah Hanafi dan satu keris pahlawan yang jatuh ke tangannya. Kejadian aneh yang berlaku di kubur sehingga membuat Hanafi dan rakan-rakannya mendapat kuasa ajaib memberi maksud bahawa Hanafi terpilih untuk meneruskan perjuangan arwah moyangnya yang menjaga ketenteraman kampung.

 

Mereka pada mulanya masih ragu-ragu kegunaan sebenar kuasa yang dianugerahkan sehinggalah satu masa, mereka terlibat dalam memberkas pencuri di kampung. Hanafi merasakan dia tidak lagi gabra seperti sebelum-sebelum ini dan bertekad menerima tanggungjawab dalam perjuangan arwah moyangnya.


Mengenali remaja luar biasa dengan lebih mendalam lagi.

Kuasa 4 ada jawapannya…..........

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2021