Buku

Parenting Like Muhammad

oleh Ainon Mohd, Haslinda Md. Ali

RM 0.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-629-493-082-7

Kod Bar: 9786294930827

Muka Surat: 0

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 4 Apr 2025

BISAC: FAMILY & RELATIONSHIPS / Parenting / RELIGION / Islam

Buku ini menggabungkan aplikasi prinsip pendidikan dalam Islam yang berdasarkan kepada hadith sahih dengan teori-teori psikologi Barat yang tidak bertentangan dengan agama. Setiap prinsip dan teori psikologi berkenaan diterangkan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan diberikan contoh aplikasi yang banyak supaya ibu bapa mudah mengaplikasinya apabila bercakap dengan anak-anak.

Pendekatan dalam buku ini digarap bagi melahirkan generasi yang memiliki ciri-ciri berikut:

- Yakin pada kewujudan Tuhan.

- Mengamalkan ajaran dan ibadat dalam agama.

- Mempunyai akhlak yang baik.

- Mengamalkan adab dan sopan santun yang halus.

- Taat pada ibu bapa dan guru.

- Hormat pada ketua dan orang yang lebih tua.

- Menghargai tradisi budaya bangsa.

- Berpegang pada prinsip memelihara hubungan baik dengan semua pihak, berkata benar, jujur, amanah, bertanggungjawab, dan baik hati.

 

Daripada Pengarang

Pendahuluan

Bab 1 

Perbezaan Antara Proses Mendidik Anak Dibandingkan dengan Hasil Mendidik Anak 

Bab 2

Gaya Keibubapaan yang Berkesan dalam Mendidik dan Mengasuh Anak

Bab 3

Memahami Perbezaan Tiga Jenis Temperamen Anak 

Bab 4

Panduan Memperkenalkan Konsep Tuhan dan Nilai-Nilai Murni kepada Kanak-Kanak

Bab 5

Aplikasi Teknik Nabi s.a.w. dalam Mendidik Kanak-Kanak

Bab 6

Panduan Mendorong Anak yang Berjiwa Penakut Supaya Berani Mencuba

Bab 7

Panduan Memulihkan Sikap dan Tingkah Laku Kanak-Kanak yang Manipulatif

Bab 8

Panduan Membantu Anak Manja Kembali Normal

Bab 9

Panduan Melatih Anak Berfikir Sejak Kecil

Bab 10

Panduan Mengaplikasi Teori Minda Berkembang dan Minda Beku

Bab 11

Panduan Mengaplikasi Prinsip Komunikasi Positif Supaya Anak Mahu Mendengar Kata

Bab 12

Panduan Mengaplikasi Teori Self-Esteem Apabila Bercakap dengan Kanak-Kanak

Bab 13

Panduan Mengaplikasi Teori Self-Confidence Supaya Kanak-Kanak Mempunyai Rasa Percaya Diri yang Tinggi

Bab 14

Panduan Mengaplikasi Teori Self-Efficacy Apabila Bercakap dengan Kanak-Kanak

Bab 15

Panduan Mengaplikasi Teori Label Positif Apabila Bercakap bagi Menaikkan Maruah Anak

Bab 16

Panduan Mengaplikasi Teori Perbandingan Sosial bagi Mengelakkan Kecederaan Psikologi ke Atas Anak

Bab 17

Panduan Mengaplikasi Teori Ganjaran Sosial bagi Menaikkan Self-Esteem Anak

Bab 18

Panduan Mengaplikasi Teori Motivasi Ekstrinsik dan Motivasi Intrinsik

Bab 19

Panduan Mengaplikasi Teori Pengukuhan bagi Mendapatkan Impak Motivasi Maksimum

Bab 20

Mengapa Ugutan dan Ancaman Tidak Berkesan bagi Mengawal Tingkah Laku dan Perangai Anak



 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025