Sekiranya kita pernah terfikir hendak meninggalkan kerjaya sekarang bagi menempuh suatu pengembaraan hidup yang hebat, dan dalam masa yang sama meraih peluang berbakti kepada orang lain, kisah pengalaman hidup John Wood bisa memberi inspirasi. Kisah beliau ini menawarkan gambaran jelas, penuh dengan emosi dan cerita yang mengasyikkan tentang bagaimana beliau mengambil setiap pengajaran yang dikutip ketika bertugas di sebuah syarikat gergasi dunia iaitu Microsoft, dan menggunakannya bagi mengatasi masalah sosial yang paling meruncing di dunia.
Bab 1: Janji Seorang Pengembara
Bab 2: Idea Muncul dalam Keheningan Malam
Bab 3: Pulanglah Segera!
Bab 4: Pengembaraan Dua Beranak yang Mengujakan
Bab 5: Mempertimbangkan Perubahan yang Radikal
Bab 6: Kesepian di Kota Besar
Bab 7: Bill Gates Datang ke China
Bab 8: Melangkah Pergi
Bab 9: Tahun-Tahun Permulaan
Bab 10: Meminta Derma
Bab 11: Berkembang ke Luar Nepal
Bab 12: Poskad dari Nepal
Bab 13: Apa yang Diperlukan Setiap Usahawan: Seorang Pembantu yang Cekap
Bab 14: Tragedi 11 September
Bab 15: Membina NGO Ala Microsoft
Bab 16: Membina Rangkaian Room to Read
Bab 17: Hidupku yang Huru-Hara
Bab 18: Menghantar Anak Perempuan ke Sekolah, Bukan ke Ceruk Dapur
Bab 19: "Saya Ikut Langkah Kamu, Don!"
Bab 20: Para Pelajar di Kemboja
Bab 21: Rangkaian Room to Read
Bab 22: Demokrasi Berjalan Lancar di India
Bab 23: Tsunami
Bab 24: Buku yang Kesejuta
Epilog: Hidup Bermula pada Usia 40 Tahun