Buku

Madinah: Kota yang Bercahaya

oleh Zuhairi Misrawi

RM 21.00 / RM 24.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5564-64-2

Muka Surat:

Saiz:

Tarikh Terbit: 8 Mar 2011

Kategori:

Madinah.

 

Inilah kota nabi. Tempat nabi dihargai, disayangi dan dilindungi.

 

Bukan sekadar kota, bahkan Madinah itu negara. Negara dengan pentadbiran yang adil dan saksama, seimbang jiwa serta jasad.

 

Lebih daripada itu, Madinah juga adalah peradaban. Tapak permulaan tamadun, rahmat buat seluruh alam.

 

Madinah sebagai kota, negara dan peradaban, semuanya disusuri dalam buku ini.

 

Madinah: Kota yang Bercahaya menceritakan kisah kota penyimpan keistimewaan makna dan nilai. Di Mekah, Islam ditentang dan diperangi kafir Quraisy. Namun di Madinah, Islam diterima dengan dada yang lapang dan gegak-gempita. Inilah kota tujuan terakhir nabi yang amat dicintainya. Walaupun selepas Mekah dibuka, nabi tetap tidak menetap di sana. Nabi pulang dan tinggal di Madinah.

 

Madinah: Kota yang Bercahaya menjelaskan perihal keajaiban negara Madinah. Binaan terkukuhnya bukan bangunan. Namun binaan itu adalah persaudaraan, toleransi dan perdamaian. Begitu sederhana namun kuat. Benar-benar kuat sehingga 10 000 musuh pun tidak terlawan dengan 3 000 muslim.

 

Madinah: Kota yang Bercahaya melihat Madinah sebagai sebuah potret peradaban. Bermula daripada hijrah yang meraikan kebenaran berbanding kekuasaan, kepada pusat tamadun yang memayungi dunia, Madinah kekal di sana. Bukan sekadar tempat pada peta geografi, bahkan daerah dalam diri.

 

Membaca dan terus membaca, akhirnya, yang datang itu rindu. Rindu kepada kota yang selalu ada dalam hati kita. Di tengah-tengah kemodenan yang mengeringkan jiwa, kerinduan kepada Madinah pasti selalu bertandang.

Kata Pengantar vii Nota Penterjemah xvii Pendahuluan xix Daripada Ibnu Khaldun Menuju Peradaban Madinah 1 Menuju Madinah 31Kata Pengantar vii Nota Penterjemah xvii Pendahuluan xix Daripada Ibnu Khaldun Menuju Peradaban Madinah 1 Menuju Madinah 31 Keistimewaan Madinah 53 Madinah Sebelum Islam 83 Madinah Semasa Islam 109 Madinah Moden 155 Piagam Madinah 177 Masjid Nabawi 205 Berziarah ke Makam Nabi Muhammad 241 Meneladani Nabi Muhammad 261 Tip Ziarah ke Madinah 283 Etika Berziarah ke Masjid Nabawi 289 Piagam Madinah 297 Biodata Penulis 305 Keistimewaan Madinah 53 Madinah Sebelum Islam 83 Madinah Semasa Islam 109 Madinah Moden 155 Piagam Madinah 177 Masjid Nabawi 205 Berziarah ke Makam Nabi Muhammad 241 Meneladani Nabi Muhammad 261 Tip Ziarah ke Madinah 283 Etika Berziarah ke Masjid Nabawi 289 Piagam Madinah 297 Biodata Penulis 305

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024