Buku

Manzil Rasm Uthmani

oleh Muhammad Zakariya al-Kandahlawi

RM 3.00 / RM 4.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5137-72-3

Muka Surat: 56

Saiz: 5x7.5

Tarikh Terbit: 13 Aug 2009

Kategori: Islam, Doa & Amalan

Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi.  Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim-ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Malulana Muhammad Zakaria menyusun amalan-amalan Rasulullah S.A.W. yang menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Antara kelebihan Manzil:

1. Mengelak dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.
2. Melindungi pengamal dan kaum kerabatnya daripada bahaya makhluk halus, penjahat dan binatang buas.
3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.

Semua ini dengan izin Allah.

Muhammad Zakaria bin Muhammad Yahya al-Kandhlawi adalah ulama Sunni yang terkemuka. Beliau adalah anak saudara kepada Muhammad Ilyas al-Kandhlawi yang merupakan pengasas Jemaah Tabligh. Beliau dikenali sebagai penulis kitab fadha’il A’mal yang menjadi rujukan Jemaah Tabligh dalam berdakwah. Antara karya beliau yang terkenal adalah Alfiyya Ibn Malik, Fadha’il-e-Qur’an, Fadha’il-e-Ramadan dan Fadha’il-e-Salaah. Beliau juga menulis empat buku tafsir dan tajwid, 44 buku mengenai hadis, enam buku fikah dan kaitannya dengan sains, 24 buku sejarah dan autobiografi, empat buku akidah, 12 buku mengenai zuhud, tiga buku tatabahasa arab dan mantik (ilmu logik) dan enam buku gerakan moden dan kontemporari.

Prakata 

Manzil

Munjiyat

Syifa’

Doa Abu Darda’ bagi Menyelamatkan Diri dan Harta daripada Malapetaka

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024