Buku
Mekah Kota Suci
Beli Versi Cetak
Tiada lagi ulang cetak
ISBN: 978-967-5564-63-5
Kod Bar: 9789675564635
Muka Surat: 304
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 8 Mar 2011
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Tiada lagi ulang cetak
ISBN: 978-967-5564-63-5
Kod Bar: 9789675564635
Muka Surat: 304
Saiz (inci):
Saiz (cm):
Tarikh Terbit: 8 Mar 2011
Kategori:
BISAC:
Imprint: PTS Publishing House
Mekah, kota suci umat Islam. Kaabah, kiblat solat, asas kekuatan mukmin dan muslim. Nabi Muhammad, pemimpin agung, nabi dan utusan Allah. Sumber ikutan, contoh dan teladan terbilang. 'Mekah', 'Kaabah' dan 'Muhammad'. Tiga nama paling akrab di telinga kita. Tiga perkataan yang dirindu dan didamba pada setiap masa. Semuanya ada dalam satu buku! Mekah: Kota Suci menceritakan dengan lengkap perihal kota suci Mekah sebelum kemunculan Islam, semasa zaman nabi sehingga bertukar menjadi moden. Sejarah Mekah penuh dengan pergelutan. Inilah kota yang direbut pelbagai kelompok. Teristimewa, perebutan itu dimenangi oleh mereka yang mempunyai komitmen demi memelihara dan melindungi Kaabah. Mekah: Kota Suci melihat Kaabah melalui pesona Hajarul Aswad. Lambang kesempurnaan binaan agung yang terulung. Terdapat juga kisah air zam zam, air yang terkenal, berkat dan penuh khasiat. Mekah: Kota Suci bukan sahaja menyusuri rentetan sejarah hidup Nabi Muhammad, begitu juga dengan sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, yang sinonim dengan Kaabah. Dua tokoh ini adalah penerima mandat secara langsung daripada Allah bagi mendirikan Kaabah. Apabila Hajar juga dibicarakan, lalu lengkaplah pengajaran. Pengajaran betapa pentingnya tauhid, pengorbanan dan haji yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam sehingga kini.
Kata Pengantar
Pengantar Penterjemah
Pendahuluan
Bab 1 Pada Mulanya Hanya Mimpi
Bab 2 Perjalanan Suci
Bab 3 Keistimewaan Mekah
Bab 4 Mekah Sebelum Islam
Bab 5 Mekah Semasa Islam
Bab 6 Mekah Moden
Bab 7 Masjidil Haram
Bab 8 Kaabah yang Mempesona
Bab 9 Air Zamzam, Bukan Air Biasa
Bab 10 Jejak Nabi Muhammad
Bab 11 Teladan Nabi Ibrahim
Bab 12 Ibadah Umrah dan Haji
Biodata Penulis
4" BOTH SIDE (BACK FLAP WITH SPINE)