Dalam mengharungi pelbagai cabaran dan persaingan, para eksekutif hari ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kekuatan dalaman. Pelbagai penulisan dalam pelbagai bentuk dan tajuk diterbitkan bagi membincang pelbagai cara menjadi cemerlang. Supaya tidak ketinggalan, saya juga ingin menyumbang idea-idea, ilmu dan pengalaman dalam bentuk penulisan dengan harapan dapat memberi panduan dan manfaat khusus kepada para eksekutif bagi berjaya dalam jangka masa panjang.
Membina Eksekutif Berkarisma adalah penulisan khusus untuk para eksekutif. Isi kandungan penulisan ini bertumpu pada isu-isu ataupun perkara-perkara yang berkait rapat dengan peranan eksekutif dalam organisasi, sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Selain itu, penulisan ini juga dapat digunakan sebagai rujukan, panduan dan idea kepada para pengurus dan pengarah dalam usaha melahirkan eksekutif-eksekutif yang cemerlang dalam organisasi. Tidak kurang juga sebagai rujukan kepada para pembantu am (non-executive) sekiranya mahu melengkapkan diri sebagai persediaan menjadi eksekutif pada masa akan datang.
Prakata
BAB 1 : Menjadi Nombor Satu
- Kenapa Perlu Menjadi Nombor Satu?
BAB 2 : Formula Menjadi Cemerlang
- Faktor Ilmu Pengetahuan
- Faktor Persekitaran
- Faktor Sikap
BAB 3 : Sikap yang Unggul
- Passion
- Prinsip
- Proaktif
- Positif
- Peka pada Pelanggan
- Perhatian
- Pemikiran
BAB 4 : Perubahan Sikap
- Kelakuan Mencerminkan Sikap
- Cara Sikap Memberi Kesan
BAB 5 : Kepakaran Mengawal Operasi
- Kualiti
- Produktiviti
- Pengurangan Kos
- Pembaikan yang Berterusan
- Perancangan
- Fokus KRA & KPI
- Maklum balas
- Layanan Pelanggan
- Pengurusan Masa
- Keselamatan, Kesihatan dan Pemeliharaan Alam Sekitar
BAB 6 : AWAS, Perangkap!
BAB 7 : Rumusan
Penutup
Indeks
Akan Terbit