Kita ada mendengar perihal motivasi, namun bagaimana pula motivasi gaya nabi? Mengapa pula motivasi itu mengikut gaya Rasulullah? Mengapa tidak gaya yang lain?
Jelas daripada Quran dan Sunnah bahawa Muhamad itu sebaik-baik contoh. Bahkan Micheal H. Hart dalam buku The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh dalam sejarah, mengatasi Jesus (Isa) mahupun saintis ulung, Isaac Newton.
Motivasi Gaya Rasulullah menggali rahsia nabi dalam memotivasi. Teknik motivasi nabi itu adalah begitu unik. Teknik motivasi nabi mempunyai unsur ganjaran dan hukuman, namun melebihi sekadar kedua-duanya sahaja. Motivasi Gaya Rasulullah menyelak lembaran sejarah, dan melihat kembali kisah nabi. Melalui Motivasi Gaya Rasulullah, moga-moga kita dapat hidup dengan cara nabi. Semoga kita semua mendapat bimbingan seolah-olah hidup bersama Rasulullah. Insya-Allah.
Prakata Pengenalan BAB 1: Motivasi BAB 2: Sumber Motivasi Gaya Muhammad bin Abdullah BAB 3: Teknik Motivasi Gaya Muhammad bin Abdullah BAB 4: Hadis-Hadis Ganjaran BAB 5: Hadis-Hadis Hukuman BAB 6: Kisah-Kisah Gaya Motivasi Rasulullah BAB 7: Doa-Doa Motivasi Biodata Penulis Bibliografi