Tahun ini Alya berazam mahu berpuasa penuh. Namun, dia sering terbayangkan air sirap kegemarannya. Di sekolah, Alya didenda membunyikan loceng. Pada mulanya, Alya cuma didenda bunyikan loceng selama tiga hari. Aiza mencadangkan supaya Alya mengambil alih tugas pengawas bunyikan loceng sepanjang bulan Ramadan. Aiza tahu kawannya itu selalu menanti bunyi loceng bagi mengetahui masa berbuka puasa. Di rumah pun begitu, Alya akan mengunci jam locengnya.