Buku

Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah

oleh Muhamad Surur bin Muhd. Dasuki, Iszamli Jailani

RM 26.50 / RM 29.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-983-3586-63-9

Muka Surat: 170

Saiz:

Tarikh Terbit: 10 Jan 2008

Kepentingan, keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi Maklumat dan komunikasi adalah elemen penting yang perlu dimiliki oleh warga pendidik dalam mengharungi dunia tanpa sempadan. Bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah yang berkesan, Kementerian
Pelajaran Malaysia menyediakan kemudahan infrastruktur Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh sekolah secara berperingkat-peringkat.

Sebahagian besar sekolah-sekolah dibina makmal komputer dalam rancangan Malaysia ke-8 bagi merealisasikan wawasan ini. Pendedahan kepada ICT dilakukan
secara terancang dan sistematik supaya budaya ini dapat diterapkan dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih praktikal dan positif.

Pembangunan ICT dalam pendidikan dirancang sepuluh tahun akan datang bagi mencapai matlamat meningkatkan infrastruktur ICT, memperluas akses dan ekuiti
kepada kemudahan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menekankan pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Matlamat seterusnya adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan staf sokongan dalam pengurusan pendidikan,
penyelidikan dan pembangunan serta kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat bagi membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Dalam mengurus makmal komputer, beberapa aspek pengurusan perlu diberi perhatian seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.

Penyelaras Makmal

Panduan Mengurus Makmal ICT Sekolah xii
Komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer.
Sebagai Penyelaras Makmal Komputer, tugas yang ditauliahkan kepada anda perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Memang agak mustahil bagi melaksanakan
semua perkara yang disarankan dalam buku ini, memandangkan Penyelaras Makmal Komputer tidak ‘seistimewa’ Penyelaras Media yang mempunyai waktu mengajar
terbatas.

Adalah diharapkan kehadiran buku ini sedikit sebanyak dapat memberi ilham kepada warga pendidik khususnya yang diamanahkan bagi mengurus, mengendali dan mentadbir
makmal komputer sekolah. Sebagai penyelaras makmal komputer, buku ini bolehlah dijadikan ringkasan rujukan dan panduan supaya makmal komputer di sekolah anda
beroperasi dalam keadaan sistematik dan teratur.

1. Perkakasan yang Dibekalkan di Makmal ICT Sekolah

2. Mengurus Makmal Komputer

3. Perancangan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi

4. Pengisian Program Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

5. Keselamatan Fizikal Makmal Teknologi Maklumat dan
    Telekomunikasi

 6. Rekod-rekod Pengurusan Makmal Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

 7. Sistem Fail Pengurusan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 8. Keceriaan dan Kebersihan Makmal Teknologi Maklumat
dan Komunikasi

 9. Projek Khas Makmal Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi

 10. Panduan Menjalankan Kursus

11. Penyelenggaraan Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi

12. Memproses Teknik Bahan

 13. Pusat Akses Sekolah

 14. Penggunaan NetOp School 1.5

15. Pengenalan Perisian ProxyNow! 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024