Buku

Real Leaders Don’t Do PowerPoint - Edisi Bahasa Melayu

oleh Christopher Witt, Dale Fetherling

RM 23.00 / RM 26.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-369-124-1

Muka Surat: 232

Saiz:

Tarikh Terbit: 23 Aug 2011

Bill Gates pernah memberi ucapan di majlis penganugerahan ijazah kehormat di Universiti Harvard,

Saya berjaya mempengaruhi sahabat saya, Steve Ballmer (CEO Microsoft) supaya berhenti belajar di universiti. Saya mempunyai pengaruh yang kuat. Itulah sebabnya saya dijemput supaya berucap di upacara penyampaian ijazah. Sekiranya saya dijemput memberi ucapan sewaktu pendaftaran pelajar, saya yakin ramai yang akan berhenti belajar dan tidak akan berada di sini pada hari ini.”

Ada empat lagi ucapan Bill Gates yang menarik dalam buku ini.

Buku ini dapat membantu kita meningkatkan keyakinan berucap, memukau para pendengar dan menjadikan ucapan kita lebih berpengaruh.

Mesej adalah segala-galanya: Gaya penyampaian sangat penting, tetapi hanya membantu kita menyampaikan mesej. Pastikan ucapan kita mempunyai idea hebat.

Minda keliru selalu mengatakan tidak: Sekiranya kita mahu para pendengar berkata “ya”, kita mesti memberi penerangan yang jelas. Beri sebab supaya mereka peduli pada mesej kita.

Beranilah bertindak di luar jangkaan: Seseorang pemimpin tahu perihal adat kebiasaan, dan mereka berani mengetepikan adat kebiasaan pada bila-bila masa.

Seorang pemimpin hebat dapat mempengaruhi pendengar dan menyampaikan mesej, tidak kira berapa besar saiz audiensnya.

Pemimpin hebat jarang menggunakan powerpoint. Mengapa? Buku ini memberi jawapannya.

Bahagian 1: Kehebatan Peribadi Seseorang

1. Diri Kita Membentuk Ucapan
2. Hanya Tiga Jenis Ucapan
3. Jelas Pendirian
4. Peribadi Berkarisma Boleh Menjangkiti?
5. Berani Menjadi Berbeza
6. Belajar dari Oprah

Bahagian 2: Acara yang Bermakna

7. Apa yang Kita Ceburi?
8. Usah Bercakap Jika Tidak Memberi Kebaikan
9. Siapa Mereka Ini?
10. Apa Yang Bakal Saya Perolehi?

Bahagian 3: Ucapan yang Memberi Kesan

11. Kuasa Isi Kandungan
12. Buah Fikiran Utama
13. Tempoh Ucapan 20 Minit
14. Permulaan yang Betul
15. Bahagian-bahagian Kecil
16. Berada di Tahap Tinggi - Penceritaan
17. Membinggungkan Lalu Ditolak

18. Ucapkan Lagi, Tuan
19. Ucapan Yang Tiba-tiba Perlu Perancangan
20. Seperti Zaman Tadika: Sesi Bercerita
21. Penamat yang Bergaya
22. Perlukah Jurutulis Ucapan?

Bahagian 4: Penyampaian Berseni dan Berteknik

23. Menyampaikan Melalui Diri Kita Sendiri
24. Enjit-enjit Semut, Pilih yang Di Atas atau Di Bawah?
25. Saya Bercakap Dengan Orang yang Betulkah?
26. Tulis, Baca dan Ucapkan
27. Ada Soalan Tentang Sesi Soal Jawab?
29. Lawak yang Tidak kelakar
30. Menzahirkan Kuasa
31. Masa yang Sesuai untuk PowerPoint
32. Kehidupan Selepas PowerPoint
33. Epilog: Undang-undang yang Boleh Dilanggar

Bahagian 5: Contoh-contoh Ucapan

Ucapan 1:

“And Ain’t I a Woman?” - “Tidakkah saya ini seorang wanita?”

Ucapan 2:

“The Race Is Over, but the Work Never Is Done” - “Perlumbaan ini telah tamat, tetapi tidak pada pekerjaan ini”

Ucapan 3:

“Taxi to the Dark Side” - Berteksi ke Jalan Hitam”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024