Buku

Remaja Kreatif Luar Biasa

oleh Jonathan Sidi

RM 16.50 / RM 18.50Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-5564-66-6

Muka Surat: 256

Saiz:

Tarikh Terbit: 14 Oct 2010

Remaja yang berjaya dalam akademik tidak semestinya berjaya dalam kehidupan, tetapi remaja yang berjaya dalam kehidupan adalah remaja yang kreatif. Mengapa perlu menjadi remaja yang kreatif? Menjadi kreatif adalah idaman setiap individu. Individu yang kreatif selalunya dipandang tinggi. Namun, tidak semua individu mampu memiliki kreativiti. Adakah kreativiti itu hanya hadir secara semula jadi? Kreatif adalah bakat dan kelebihan semula jadi yang sebenarnya memang ada dalam diri setiap individu. Apabila tidak dibangunkan secara sedar, berkemungkinan kelebihan itu terbiar dan terpendam dalam diri, sampai bila-bila. Ada pendapat mengatakan, kreatif itu adalah anugerah yang dimiliki oleh mereka yang bertuah sahaja. Pada hakikatnya, kreativiti mampu dipelajari, diperkembang dan dimiliki oleh setiap insan. Menjadi remaja kreatif adalah kunci pada persekitaran yang menyeronokkan. Buku Remaja Kreatif ini mengajak remaja supaya berfikir secara kreatif, sekali gus mendedahkan seronoknya menjadi individu yang kreatif. Buku ini turut menjelaskan ciri-ciri individu yang kreatif, alat berfikir secara kreatif dan menyenaraikan teknik-teknik kreatif dalam menyelesaikan masalah. Remaja Kreatif perlu dimiliki oleh setiap remaja yang mahu berjaya dalam hidup mereka. “Adakah anda mahu menjadi remaja yang kreatif?” Adakah anda mahu kreatif dalam membuat keputusan? Adakah anda mahu kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah? Adakah anda mahu kreatif dalam menyuarakan idea atau pendapat? Sekiranya jawapan anda adalah “Ya”, buku ini harus anda miliki. Buku ini berhasrat menyediakan cara-cara dan teknik-teknik praktikal yang mudah diikuti dan diamalkan agar anda menjadi insan yang kreatif. Buku Remaja Kreatif: Bukan Anugerah Tetapi Kemahiran, menghuraikan secara jelas dan praktikal tentang : Bagaimana remaja yang tidak kreatif boleh menjadi kreatif? Alat-alat berfikir kreatif Teknik-teknik berfikir kreatif Huraian serta contoh aplikasi-aplikasi pemikiran kreatif yang mudah diamalkan serta praktikal turut disediakan.

Dedikasi Sekapur Sirih Bahagian I : Pengenalan Bab 1: Mengapa Remaja Memerlukan Cara Baharu bagi Berfikir? Bab 2: Mengapa Perlu Membuat Keputusan? Bab 3: Kreativi Bakat Terpendam Remaja Bab 4: Proses Menyelesaikan Masalah Bahagian II : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Logik dan Persepsi Bab 5 : Pertimbangkan Semua Faktor Bab 6 : Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan Bahagian III : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Nilai Bab 7 : Pandangan Orang Lain Bab 8 : Kesan dan Akibat Bab 9 : Kelebihan, Kekurangan dan Tarikan Bahagian IV : Alat Berfikir Secara Kreatif Melalui Fokus dan Tujuan Bab 10 : Tujuan, Matlamat dan Objektif Bab 11 : Kepentingan dan Keutamaan Bahagian V : Kaedah Berfikir Secara Kreatif Melalui Enam Topi Pemikiran Bab 12 : Mengapa Perlunya Enam Topi Berfikir? Topi Putih, Topi Merah, Topi Hitam, Topi Kuning, Topi Hijau dan Topi Biru Bagaimana Menggunakan Enam Topi Berfikir? Bahagian VI : Teknik Berfikir Secara Kreatif Bab 13 : Teknik Analisis SWOT Bab 14 : Teknik Analisis Sifat Bab 15 : Teknik Bagaimana Sekiranya…? Bab 16 : Teknik Pencetus Idea Bab 17 : Teknik Songsang Bab 18 : Teknik Terbalikan dan Terbalikan Bab 19 : Teknik Herot-Benyot Bab 20 : Teknik Keluarga Idea Bab 21 : Teknik Senarai Semakan Bab 22 : Teknik Kad Idea Bab 23 : Teknik Kad Dinding Bab 24 : Teknik Papan Notis Idea Bab 25 : Teknik 6-3-5 Bab 26 : Teknik Perah Otak Bab 27 : Teknik Mayang Mengurai Bab 28 : Teknik Menukar Pintu Masuk Bab 29 : Teknik Idea Dominan Bab 30 : Teknik Analogi Bab 31 : Teknik Eliminasi Bab 32 : Teknik Kumpulan Kreatif Jepun Bab 33 : Teknik Menulis Otak Bab 34 : Teknik Delfi Rujukan

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2022