Dua orang budak comel, Dayah dan Dayu yang selalu tidak sependapat. Kedua-duanya suka berlagak berani dan berkhemah di hadapan rumah sambil membaca buku cerita seram tanpa ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Sepanjang berkhemah, ada sahaja perkara yang mahu dijadikan topik untuk bertekak. Walaupun dalam hati masing-masing berasa takut, namun mereka berdua terus berlagak berani.