Ada pelbagai jenis masalah yang hadir sepanjang kita melakukan bisnes. Namun, ada satu jenis masalah yang dilihat biasa-biasa, tetapi berbahaya. Ia digelar Virus Bisnes, boleh merebak dengan perlahan dan dalam diam mengangkut masalah-masalah lain. Akibatnya, bisnes semakin tenat. Hingga ke satu peringkat, seluruh empayar menjadi lumpuh.
Mujur kami ada penawarnya. Sembuhkan Virus-virus Bisnes, sebuah koleksi 13 teknik terbaik yang WAJIB dicuba oleh usahawan, tidak kira untuk bisnes yang besar, mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Terperinci, bermula dari mengenal pasti, menganalisis hingga menyelesaikan satu-persatu masalah sepanjang berbisnes.
Md. Ali Berahim, namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan usahawan MARA. Sudah ramai usahawan yang berpotensi besar lahir hasil didikan beliau ketika bertugas sebagai pakar runding MARA berkaitan teknik penyelesaian masalah bisnes.
Pengalaman beliau yang lalu sebagai Pegawai Pelaburan di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan sebagai Pengurus Cawangan salah satu bank terbesar di Malaysia selama 28 tahun, memantapkan buku ini. Kenali beliau, dengan mengenali pemikirannya.
Daripada Pengarang
Bahagian 1 : Serba Ringkas Mengenai Perniagaan
Bab 1 Jenis-jenis Perniagaan
Bab 2 Pertumbuhan Perniagaan
Bab 3 Siapakah PKS?
Bahagian 2 : Masalah-masalah Perniagaan PKS
Bab 4 Masalah-masalah Umum
Bab 5 Masalah-masalah Khas
Bab 6 Cara-cara Mendapatkan Idea-idea dan Maklumat-maklumat mengenai Masalah-masalah Khas;-
6.1 Pemerahan Otak
6.2 Pertanyaan “Lepas itu?”
6.3 Pertanyaan “Kenapa?”
Bahagian 3 : Menganalisis Masalah-masalah Khas
Bab 7 Analisis Rajah Tulang Ikan
Bab 8 Analisis Risiko-risiko Perniagaan dan Pengurusan
Bab 9 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman
Bab 10 Analisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi
Bab 11 Analisis Campuran Pemasaran
Bab 12 Analisis Teras Kecekapan
Bab 13 Analisis Anjuran Jualan Unik
Bab 14 Analisis 5 Kuasa Pasaran
Bab 15 Analisis Faktor-faktor Kejayaan Kritikal
Bab 16 Analisis 7 Faktor Dalaman
Bab 17 Analisis Hubugan PeganganPasaran Dengan Pertumbuhan Pasaran.
Bab 18 Analisis Hubungan Barangan Dengan Pasaran
Bab 19 Analisis Apa Yang Dulunya Baik
Bab 20 Kesimpulan