“Ahli perniagaan yang cekap akan masuk pasaran pada masa yang tepat bagi mendapatkan untung maksimum.”
- Tao Zhugong
Formula Teragung
Tao Zhugong adalah pakar strategi tentera yang menjadi ahli perniagaan semasa Dinasti Zhou Timur. Selama berabad-abad, beliau diiktiraf sebagai pengasas sekolah pemikiran bisnes Cina. Ketika prinsip amalan bisnes moden belum wujud, Tao Zhugong sudah mencipta dan menerapkan formula kejayaannya.
Hebat Mendahului Zaman
Kehebatan Tao Zhugong sentiasa mendahului zamannya. Peraturan-peraturannya berkenaan pengurusan, pemasaran, dan keusahawanan yang bijaksana tetap releven sehingga kini. Kod etika bisnesnya dipaparkan di banyak pejabat dan kedai tradisional Cina.
Kesempurnaan Menyeluruh
Beberapa aspek teori bisnes yang disentuhnya adalah pengurusan sumber manusia, pembangunan produk, perkhidmatan pelanggan, dan kebijaksanaan dalam pelaburan serta padah tidak mengamalkan kesemua aspek ini. Pincang satu, bisnes lingkup. Antaranya ialah:
- Berani mengambil risiko
- Menguasai pasaran
- Membangunkan pelan bisnes lengkap
- Khidmat pelanggan yang cemerlang
Buku yang memberi inspirasi ini harus dibaca oleh semua usahawan yang berjaya supaya lebih cemerlang dan sesuai bagi mereka yang bercita-cita mengorak langkah ke medan bisnes.
12 Piawaian Emas
1. Ambil pekerja yang sesuai
2. Berikan khidmat pelanggan yang baik
3. Kekalkan kepada perniagaan teras anda
4. Tunjukkan imej yang baik
5. Berani mengambil risiko
6. Kekalkan kawalan kredit yang baik
7. Berikan tugasan yang sepatutnya
8. Pasarkan produk anda dengan berani
9. Semak pembelian anda dengan teliti
10. Kenali pasaran anda
11. Patuhi peraturan syarikat
12. Bangunkan pelan bisnes yang lengkap
12 Penjaga Emas
1. Jangan bakhil
2. Jangan bertangguh
3. Jangan berlebih-lebihan
3. Jangan tidak jujur
5. Jangan lalai mengutip hutang
6. Jangan bersaing melalui harga
7. Jangan ikut orang ramai
8. Jangan bekerja menentang kitaran hayat produk
9. Jangan terlalu kolot
10. Jangan terlalu bergantung kepada hutang
11. Jangan bekukan dana anda
12. Jangan mengesyorkan produk begitu sahaja
Akan Terbit