Buku

Tafsir Surah As-Syu’ara’ dan Juzuk 19

oleh HAMKA

RM 25.00 / RM 28.00Sabah/Sarawak

ISBN: 978-967-481-115-0

Kod Bar: 9789674811150

Muka Surat: 312

Saiz (inci): 6 x 9

Saiz (cm): 23 x 15.3

Tarikh Terbit: 8 May 2020

BISAC: RELIGION / Islam / Koran & Sacred Writings (REL041000)

Tafsir Surah As-Syu’ara’ dan Juzuk 19 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan

Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Surah As-Syu’ara’ dan Juzuk 19 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 19, iaitu Surah As-Syu’ara’, Al-Furqan dan An-Naml. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

BIODATA HAMKA

Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.

Pendahuluan

PENGANTAR JUZUK 19

Surah al-Furqan (pembeza kebenaran dan kebatilan)

Jiwa yang Tidak Mempunyai Pengharapan

Kiamat

Keluhan Rasul

Usul Supaya Al-Quran Diturunkan Sekaligus

Pejuang yang Hak dan Tentangan Atasnya

Tugas Rasul

‘Ibadur Rahman

Surah as-Syu`ara’ (para penyair)

Pendahuluan

Musa dan Firaun

Di Antara peribadi Bertauhid dengan Keangkuhan

Di Antara Sihir dan Mukjizat

Perpindahan Besar-besaran

Perjuangan Nabi Ibrahim

Penyesalan

Nuh dengan Bahteranya

Hud dengan Kaumnya `Ad

Nabi Soleh dan Kaum Tsamud dan Unta Allah

Syu`aib dan Penduduk Aikah

Cara Turunnya Al-Quran

Meneguhkan Keyakinan Tauhid

Syaitan Rakan Pendusta

Para Penyair

Surah an-Naml (semut)

Pendahuluan

Al-Quran Membawa Berita Gembira

Musa Menerima Risalah

Nikmat Allah s.w.t. Atas Daud dan Sulaiman

Nabi Sulaiman dan Burung Hud-hud

Ratu Balqis Menerima Surat Nabi Sulaiman

Ratu Balqis Tunduk

Nabi Soleh dan Kaum Tsamud

Nabi Lut dan Kaumnya

 

NOTA

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Ayahku

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025