Adakah kejayaan seorang usahawan dipengaruhi oleh bakat semula jadinya? Pada saya, kejayaan adalah gabungan bakat, usaha, nasib. -Donald J. Trump
Donald J. Trump, adalah tokoh terkenal dalam bidang hartanah. Ramai individu mahu menjadi seperti beliau, kaya, berjaya, dan ternama. Rahsia kejayaan beliau mudah, iaitu sentiasa berfikir mahukan yang terbaik.
Buku Think Like A Champion ini mengupas falsafah beliau berkenaan cara berfikir dan menikmati kehidupan bertaraf juara, baik secara profesional mahupun peribadi. Dalam buku ini, beliau banyak menyentuh aspek "di luar kebiasaan amalan". Pendapatnya telus dan mampu memberikan kesan kepada pemikiran, bisnes, serta kehidupan seharian kita.
Jadikan buku ini sebagai langkah pertama demi meneruskan beribu-ribu langkah seterusnya, demi bergelar seorang juara!
Buku ini lebih berharga daripada wang. -Robert Kiyosaki