Buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak menjawab dilema pelajar yang sentiasa dihambat waktu saban hari.
Tempoh masa 24 jam sehari dirasakan terlalu singkat dan tidak cukup bagi mengulang kaji pelajaran dalam tempoh yang lama.
Namun para pelajar mampu tersenyum lega apabila selesai membaca buku ini yang padat dengan pelbagai tip dan info santai seperti:
Bina Mood Belajar Dengan Sengaja
Hentikan Sabotaj Diri Sendiri
Membuka Minda Untuk ‘A’
Praktikkan Pembacaan Aktif
Beranikan Diri Dengan Peperiksaan
Mari Bedah Kertas Peperiksaan
Amalan Kerohanian Penenang Jiwa
Fahami dan praktikkan teknik yang diajar di dalam buku ini bagi menguji keberkesanan belajar dengan cara biasa, namun mampu memperoleh markah yang luar biasa setiap kali kertas peperiksaan ditanda.