"Ada surat daripada Tabung Haji," kedengaran suamiku yang baru pulang daripada mengajar.
"Bukalah cepat, entah-entah panggilan ke Makkah," aku yang ketika itu sedang memasak, menyahut dari dapur.
"Alhamdulillah, kita dapat," nyata suamiku selepas membuka dan membaca surat itu.
Aku senyum sendiri. Aku sudah faham maksud suamiku walaupun aku belum melihat kandungan surat itu. Surat yang kami tunggu-tunggu selama ini.
Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandang wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran, kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. Wanita juga memiliki kelebihan dalam jihad, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).
Bab 1 : Jemputan Allah Ke Tanah Suci
Bab 2 : Pembuka Jalan Ke Baitullah
Bab 3 : Sebaik Bekalan Adalah Taqwa
Bab 4 : Lambaian Kaabah Semakin Jelas
Bab 5: Niat Dan Berihram
Bab 6 : Talbiah, Makna Yang Tersirat
Bab 7 : Tawaf
Bab 8: Siti Hajar, Sai Dan Zamzam
Bab 9 : Sejarah Kaabah
Bab 10 : Haji: Simbol Perpaduan Dan Kerjasama
Bab 11 : Haji Mabrur, Haji Yang Diterima
Bab 12 : Rahsia Ikhlas
Bab 13 : Hati Yang Cacat
Bab 14 : Lemahnya Insan
Bab 15 : Padang Arafah Padang Mahsyar
Bab 16 : Sukarnya Memijak Bumi Muzdalifah
Bab 17 : Terik Mentari Membawa Ke Mina
Bab 18 : Sejarah Melontar Dan Perintah Korban
Bab 19 : Melontar Tiga Jamrah
Bab 20 : Menyingkap Kenangan
Bab 21: Ulang Alik Ke Masjidil Haram
Bab 22 : Mengerjakan Umrah Wajib
Bab 23: Mata Dan Lidah Hajarul Aswad
Bab 24: Nikmat Dunia Dan Akhirat
Bab 25: Mengapa Perlu Bayar Dam?
Bab 26: Menjelajah Mencari Ilmu
Bab 27 : Pesanan Doa
Bab 28 : Madinah Seindah Nama
Bab 29 : Madinah Tetap Kota Yang Baik
Bab 30 : Nabi Terakhir Diutus Allah
Bab 31: Ingin Bertemu Allah Taala
Bab 32 : Cinta Sahabat
Bab 33: Syafaat Nabi
Bab 34 : Aku Demam
Bab 36 : Hasad Dengki Yang Diredhai
Ibab 37 : Penyempurnaan Haji
Bab 38 : Menuju Akhirat Yang Abadi
Bab 39 : Rindu Menggamit Ke Pintu Syurga