Buku

Tunas Super: My Clumsy Friend

oleh Nur Farzana Mohd Fauzi

RM 13.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-739-9

Muka Surat: 176

Saiz: 4.5x7.25

Tarikh Terbit: 14 Dec 2015

Kategori: Remaja

Imprint: Tunas Super

Liyana, seorang gadis yang bijak dan lemah lembut, namun berperwatakan tergopoh-gapah. Sikapnya itu sering menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya. Tetapi, itu yang membuatkan orang lain geli hati dan mudah mesra dengannya.

Liyana bersahabat baik dengan Dania dan Hanis. Mereka bertiga seperti belangkas! Sentiasa bersama-sama walau ke mana sahaja. Tetapi tiada siapa tahu, Liyana berbakat besar dalam bidang lukisan. Ini membuatkan Maya, pelajar yang mahu menjadi nombor satu dalam semua perkara di sekolah menjadi cemburu.

Pertandingan lukisan kebangsaan semakin hampir, dan tanpa sedar Liyana mula memencilkan diri. Inilah peluang Maya untuk mengenakan Liyana dan memusnahkan persahabatan mereka bertiga.

Adakah Maya akan berjaya? Bagaimana dengan nasib Liyana?

Bab 1: Bakat Terpendam

Bab 2: Ilham daripada Mimpi

Bab 3: Cuti Sekolah

Bab 4: Lukisan Hilang

Bab 5: Angkara Maya

Bab 6: Udang di Sebalik Batu

Bab 7: Sahabat Selamanya

Bab 8: Rahsia Hampir Terbongkar

Bab 9: Usaha Tangga Kejayaan

Bab 10: Sabotaj Lagi

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024