Jika kekuasaan ialah permainan, godaan ialah senjata paling kotor yang pernah dicipta. Ia tidak menjerit, tidak mengugut. Ia masuk perlahan, mematikan pertahanan lawan dari dalam.
Manusia secara fitrah degil dan suka melawan. Semakin kita memaksa, semakin mereka menentang. Jalan pintasnya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan menyentuh titik paling lemah dalam diri mereka, iaitu nafsu terhadap kesenangan dan ketagihan kepada rasa seronok. Sentuh bahagian itu, dan orang yang paling waras pun sanggup menggadaikan prinsip sendiri.
Dalam buku ini, Robert Greene, penulis di sebalik The 48 Laws of Power dan 33 Strategies of War, sekali lagi membongkar hukum permainan yang tidak mengenal moral. Beliau menunjukkan cara melemparkan pesona, mencairkan pertahanan musuh dan akhirnya memaksa sasaran sujud tanpa sedar bila mereka mula hilang kawalan.
Ini bukan panduan menjadi romantik. Ini manual menggunakan godaan sebagai alat kekuasaan. Jika anda tidak mahu dikawal, anda perlu tahu bagaimana orang lain sedang belajar mengawal anda.
Isi Kandungan
Peta Buku
Pengantar Penterjemah
Pengantar Editor
Penghargaan Penulis
Pendahuluan Penulis
Bahagian Satu: Watak Pemikat
SI PERAYU BERBAHAYA (SIREN) HIDUNG BELANG KEKASIH IDEAL SI BERGAYA SI BERSAHAJA SI PENGGODA SI PEMIKAT SI BERKARISMA SI BINTANG PUJAAN
Bahagian Dua: Proses dan Strategi Memikat
PILIH MANGSA YANG TEPAT CIPTA RASA SELAMAT YANG PALSU, DEKATI MANGSA SECARA TIDAK LANGSUNG HANTAR ISYARAT YANG BERCAMPUR-CAMPUR TAMPIL SEBAGAI INSAN IDAMAN, CETUSKAN KONFLIK DALAM PERHUBUNGAN CIPTAKAN KEPERLUAN – CETUSKAN KEGELISAHAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI KUASAI SENI KIASAN MASUK KE DALAM JIWA MEREKA BANGKITKAN NAFSU YANG TIDAK TERTAHAN BIARKAN MANGSA BERDEBAR-DEBAR, APA YANG AKAN TERJADI SETERUSNYA? KUASA KATA-KATA: CIPTA KEKELIRUAN, KUASAI HATI PEKA AKAN PERKARA-PERKARA KECIL PUITISKAN KEHADIRAN ANDA BERLAKON SEAKAN-AKAN LEMAH, NAMUN BERISI HELAH ANTARA KEINGINAN DAN REALITI: SUATU ILUSI SEMPURNA PISAHKAN MANGSA ANDA BUKTIKAN KEKUATAN ANDA KEMBALI KE ASAL MEMBANGKITKAN YANG MELANGGAR BATAS DAN LARANGAN MEMANFAATKAN DAYA TARIKAN KEROHANIAN MENGGABUNGKAN KENIKMATAN DAN KESAKITAN BIARKAN DIA TERPIKAT – SI PENGEJAR MENJADI YANG DIKEJAR MANFAATKAN DAYA TARIKAN FIZIKAL KUASAI SENI TINDAKAN BERANI BERWASPADA DENGAN SERI PESONA YANG KIAN MEMUDAR