VERSI PADAT BUKU TERLARIS ANTARABANGSA
Kuasa bukan sekadar hak istimewa, ia adalah permainan tanpa belas kasihan.
Dalam dunia yang penuh persaingan, kuasa hadir di mana-mana: di pejabat, di meja mesyuarat, malah dalam hubungan peribadi. Robert Greene merumuskan lebih 3,000 tahun sejarah ke dalam 48 hukum yang digunakan oleh maharaja, jeneral, ahli politik dan tokoh berpengaruh untuk menawan, menipu dan menguasai.
Dari helah Machiavelli, strategi Sun Tzu, hingga bisikan penuh racun Henry Kissinger, Greene menyingkap taktik gelap yang jarang diajar secara terang-terangan. Setiap hukum didukung dengan kisah nyata, membuktikan bahawa kejayaan jarang sekali lahir daripada kebaikan, tetapi daripada keberanian bermain licik pada saat yang tepat.
Edisi Versi Padat ini menjadikan hukum-hukum tersebut lebih ringkas, terus ke inti dan mudah dicerna untuk pembaca moden.
Sama ada anda mahu melindungi diri daripada permainan kuasa orang lain, atau berani menjadi pemain utama di pentasnya, buku ini adalah senjata anda.
Kuasa tidak pernah neutral. Anda pilih untuk menguasai, memperdaya atau dikuasai.
Kata Pengantar
Pengenalan
HUKUM 1:Jangan Sekali-Kali Mengatasi Pemimpin Kamu
HUKUM 2: Jangan Terlalu Percayakan Kawan-Kawan, Belajar Cara Memanfaatkan Musuh
HUKUM 3: Sembunyikan Matlamat Yang Ingin Dicapai
HUKUM 4: Sentiasa Bercakap Apabila Perlu Sahaja
HUKUM 5: Jagalah Reputasi dengan Sebaik-Baiknya
HUKUM 6: Jadikan Dirimu Bahan Perhatian Semaksimum yang Mungkin
HUKUM 7: Gunakan Orang Lain Untuk Bekerja Bagi Pihak Kamu, Tetapi Jangan Lupa Merebut Hasilnya
HUKUM 8: Jadikan Orang Lain Memburu Kamu, Pasang Umpan Jika Perlu
HUKUM 9: Kamu Menang dengan Tindakan, Bukan dengan Perdebatan.
HUKUM 10: Penyakit yang Berjangkit: Elakkan Unsur yang Malang dan Negatif
HUKUM 11: Belajarlah Cara untuk Menjadikan Orang Lain Bergantung Kepadamu
HUKUM 12: Berlaku Jujur dan Murah Hati dengan Helah Tertentu Untuk Melemahkan Pihak Lawan
HUKUM 13: Apabila Memohon Bantuan, Utamakan Kepentingan Diri Seseorang Mengatasi Belas Kasihan atau Rahmatnya
HUKUM 14: Berpenampilan Seperti Rakan, Bekerja Bagaikan Pengintip
HUKUM 15: Binasakan Musuhmu Sepenuhnya
HUKUM 16: Jangan Selalu Menonjolkan Diri, Tingkatkan Rasa Hormat Orang Lain Kepadamu
HUKUM 17: Sentiasa Menimbulkan Kejutan Terhadap Orang Lain, Memupuk Suasana yang Sukar Dijangka
HUKUM 18: Usah Membentengi Diri Sendiri, Pengasingan Adalah Berbahaya
HUKUM 19: Ketahuilah dengan Siapa Kamu Berurusan, Jangan Tersilap Memilih Lawan
HUKUM 20: Jangan Terlalu Komited dengan Sesiapa
HUKUM 21: Berpenampilan Sebagai Orang yang Bodoh dan Lemah Walaupun Keadaanmu Sebaliknya
HUKUM 22: Gunakan Taktik Menyerah Kalah, Ubah Titik Kelemahan Menjadi Ruang Kekuatan
HUKUM 23: Tumpukan Pada Kekuatan Kamu Sepenuhnya
HUKUM 24: Jadilah Pengiring yang Sempurna
HUKUM 25: Perbaharui Diri Anda
HUKUM 26: Sentiasa Mengelakkan Kesalahan yang Memakan Diri
HUKUM 27: Meraikan Kemahuan Orang Lain Sehingga Melahirkan Pengikut yang Setia
HUKUM 28: Bertindak dengan Penuh Keberanian
HUKUM 29: Rancang Dengan Teliti Sehingga Matlamat Tercapai
HUKUM 30: Pamerkan Pencapaian Kamu Yang Kelihatan Tidak Bersungguh-Sungguh Pada Zahirnya
HUKUM 31: Mengawal Pilihan yang Dibuat, Biarkan Orang Lain Terjebak dalam Tawaran Kamu
HUKUM 32: Utamakan Impian Orang Ramai Mengatasi Kebenaran Yang Nyata
HUKUM 33: Mengenal Pasti Kelemahan Pihak Lain
HUKUM 34: Berlagak Seperti Raja yang Dilayan dengan Baik
HUKUM 35: Bijak Menentukan Masa dengan Tepat
HUKUM 36: Lupakan Perkara yang Tidak Dapat Kamu Miliki, Pengabaian Adalah Langkah yang Terbaik
HUKUM 37: Menonjolkan Aura yang Berkesan Sehingga Hati Orang Ramai Tertawan
HUKUM 38: Berfikirlah dengan Bebas, Namun Berperilaku Seperti Orang Lain
HUKUM 39: Cetuskan Huru-Hara Bagi Memperoleh Manfaat Untuk Diri
HUKUM 40: Abaikan Tawaran Percuma yang Berbahaya
HUKUM 41: Jangan Menyambung Kehebatan yang Diwariskan Oleh Orang Sebelummu
HUKUM 42: Seranglah Penggembala, Maka Biri-Birinya Akan Lari Bertempiaran.
HUKUM 43: Hayati Emosi dan Kemahuan Orang Lain Bagi Mendapatkan Pengaruh
HUKUM 44: Menewaskan Musuh Dengan “Ilusi Cermin”
HUKUM 45: Melakukan Perubahan Secara Beransur-Ansur Agar Kestabilan Terkawal
HUKUM 46: Jangan Dilihat Terlalu Sempurna
HUKUM 47: Untuk Menang, Berhentilah Sejenak Dan Jana Semula Kekuatan
HUKUM 48: Menjadi Fleksibel dan Sukar Dijangka Agar Tidak Menjadi Sasaran