Si Duyung Comel : Bidadari Mawar
oleh


Versi eBook

RM7.90

e-ISBN:
9789674012328
Tarikh Terbit:
23 Feb 2015
Jumlah Muka Surat:
160
Kategori:
Kanak-Kanak, Fiction,
Penerbit:
PTS Publishing House

Bidadari Mawar muncul semula dalam kehidupan Danis dan Dania selepas lama menghilangkan diri. Bidadari Mawar memohon maaf kepada Danis dan Dania kerana meninggalkan mereka berdua tanpa sebarang berita. Kepulangannya kali ini adalah bagi menebus kesalahannya dan berjanji akan sentiasa bersama dan menjada kedua-dua duyung itu.

Sejak kepulangan Bidadari Mawar, Dania meneruskan niatnya mahu memiliki sepasang kaki kerana dia mahu merasakan pengalaman hidup sebagai manusia normal. Keinginan Dania tidak dipersetujui oleh kembarnya, Danis. Namun, Bidadari Mawar tiada pilihan kerana sudah berjanji akan memenuhi segala permintaan mereka berdua. Bidadari Mawar berdoa dan memohon kepada Tuhan agar Dania diberi sepasang kaki.

Sejak memiliki sepasang kaki, Dania tidak sabar untuk berjalan. Suatu hari, dia terluka dan dirawat di hospital. Ketika itu, Dania mengambil kesempatan bagi berjalan-jalan sehingga dia tersesat dan diancam oleh manusia lain. Sejak peristiwa itu, Dania sudah tidak mahu menjadi manusia dan ingin kembali menjadi duyung.

Prolog

Bab 1 Kenangan

Bab 2 Kembali

Bab 3 Hadiah

Bab 4 Serangan Ikan Yu

Bab 5 Mencari Aiman

Bab 6 Pertarungan

Bab 7 Tetap Rahsia

Bab 8 Keinginan Dania

Bab 9 Permintaan Ditunaikan

Bab 10 Pengalaman Baru

Bab 11 Pertemuan Semula

Epilog

Buku Berkaitan