Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-91-5
Tarikh Terbit: 8 Jan 2010
Jumlah Muka Surat : 496
Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Islam
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Kata Pengantar Bab 1 Sejarah Muhammad Bin Abdullah Bab 2 Dakwah pada Zaman Mekah Bab 3 Hijrah ke Habsyah Bab 4 Hijrah ke Madinah Bab 5 Peperangan Badar Bab 6 Peperangan Khandak Bab 7 Peperangan Keturunan Quraizah Bab 8 Perjanjian Hudaibiah Bab 9 Peperangan Khaibar Bab 10 Perutusan Muhammad kepada Pemerintah Bab 11 Pembukaan Kota Mekah Bab 12 Peperangan Hunain Bab 13 Peperangan Tabuk Bab 14 Muhammad Meninggal Dunia Glosari Indeks
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik - “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji - “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm - “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim - “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger -

Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff bertugas sebagai Profesor di Jabatan al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau memperoleh ijazah B.A (Hons.) Usuluddin daripada Universiti Malaya, M.A. University of Jordan dan PhD University of Wales, United Kingdom.
Beliau aktif menulis dan menerbitkan buku-buku antaranya Sejarah Khalifah Rasulullah, Prof Dr Amin Qudhah (terjemahan), Isu-Isu Semasa Dari Perspektif Islam,Tafsir Surah az-Zariyat, Prof Dr. Ahmad Hasan Farhat (terjemahan), Surah Al-Waqi’ah:Terjemahan dan Huraian, Muhammad Abduh:Pengaruhnya Kepada Pembaharuan Politik Islam Di Malaysia, Biografi Muhammad Bin Abdullah, Isu-Isu Gender: Perspektif Ulama Al-Azhar, Faktor Berbilang Riwayat Pada Matan Al-Hadith, Bilakah Waktu Janin Ditiupkan Roh?, Pengantar Kepada Usul al-Tafsir Karya Imam Ibn Taimiyah (terjemahan), Tazkirah untuk orang mengaji: Karya Sonhadji, ,A Study of Tafsir Abr Al-Athir And Sonhadji s Methodology in Tafsir Al-Quran, Tafsir Al-Munir Juz Amma, Tafsir Ayat-ayat Ahkam, Kunci Mengenal al-Qur’an dan banyak artikel dalam kertas kerja seminar dan ceramah.
Hasil kegigihan beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59.
Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Binti Abdul Rahman bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah AmBank Berhad pada tahun 2005. Beliau memperolehi ijazah B.A. (Hons) Syariah Universiti Malaya, M.A. Syariah University of Jordan dan PhD Metodologi Hukum Islam Universiti Malaya. Beliau juga menghasilkan banyak buku antaranya Biografi Muhammad Bin Abdullah, Tazkirah Untuk Orang Mengaji : Karya Sonhadji, Nazariyyat al-Mafhum Ind al-Usulyyin dan banyak lagi jurnal akademik dan kertas kerja.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet