Penulis

Pn_Ainon

Ainon Mohd

Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan

Psikologi Orang Berjaya

Pantun dan Gurindam untuk Majlis Rasmi dan...

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)

Seni Bercakap-cakap dan Berbual-bual (Edisi Kemas Kini)

Mendorong Diri Sendiri

Koleksi Terindah Peribahasa Melayu

Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah

Guru Sebagai Mentor

Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu?

Anda Berfikir Bagaimana

Kamus Peribahasa Sekolah Menengah

Kejayaan dari Dalam

Kamus Peribahasa Sekolah Rendah

Teori & Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat...

Kemahiran Interpersonal untuk Guru

Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh

Komunikasi untuk Pemimpin

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024