Artikel

Ramadan Kali Ini, Bersama #rakPTS Menjemput Keberkatan

oleh Nadirah Hanis pada 13 Mar 2023

Percayakah anda akan ruang yang sedikit tetapi membuahkan kesan yang besar? Itulah tanda keberkatan. Berkat bermaksud bertambah atau berkembang. Keberkatan dalam sesuatu pula bermaksud kualiti sesuatu perkara itu bertambah melebihi kuantitinya.

Mahukah anda mendapat keberkatan dalam bulan Ramadan yang akan menjengah tidak lama lagi? Pada bulan yang mulia ini, apa kata kita jadikan bulan ini sebagai titik permulaan untuk istiqamah dalam beramal? Bagi ibu bapa pula, apa kata kita jadikan rumah kita dihiasi dengan suasana dan amalan Ramadan agar seluruh keluarga diberkati.

Sempena Ramadan ini, PTS mengajak anda untuk menjemput keberkatan dengan membaca buku-buku agama terbitan PTS. Kempen promosi Ramadan Raya PTS berlangsung sepanjang 13 Mac sehingga 20 April 2023 di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia dan di laman sesawang bookcafe.com.my. Anda mempunyai pilihan judul buku yang sangat banyak dan pelbagai iaitu sebanyak 21 judul untuk dipilih dan dibaca bersama keluarga dan rakan sepanjang Ramadan ini.

Istimewa kali ini, anda akan mendapat percuma kad doa eksklusif dengan setiap pembelian buku promosi kempen Ramadan Raya. Terdapat 4 desain istimewa untuk 4 doa istimewa, jadi kumpulkan keempat-empat kad doa ini. Setiap usaha harus diiringi doa, maka semoga doa-doa ini membantu anda dan dapat menjadi amalan harian.

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.” (Al-A’raf: 96)

Ramadan hanya 30 hari. Dengan masa yang terhad ini, rugilah jika kita tidak menjemput keberkatan dengan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya. Mari sama-sama beramal sedaya mungkin, semoga Allah memberkati Ramadan kita dan seterusnya memberkati kehidupan kita selepas Ramadan.

Untuk maklumat lanjut, layari pts.com.my/ramadan. Salam Ramadan 1444H.

#RamadanRayaPTS #menjemputkeberkatan #Ramadan2023

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024