Artikel

PBAKL After Party: Komitmen Berterusan PTS dalam Memandaikan Bangsa

oleh Nor Fadhilah Fauzan pada 16 Jun 2025

PBAKL After Party: Komitmen Berterusan PTS dalam Memandaikan Bangsa

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 mungkin telah melabuhkan tirainya, namun semangatnya tidak terhenti di situ. Sebagai menghargai sokongan para pembaca dan pencinta buku dari seluruh negara, PTS Media Group meneruskan kemeriahan melalui kempen PBAKL After Party 2025 — satu inisiatif khas untuk memastikan pengalaman pesta buku terus dirasai.

Kempen ini berlangsung dari 16 Jun hingga 31 Julai 2025 di kedai buku terpilih di seluruh Malaysia, dengan membawa senarai buku terlaris PBAKL 2025 dalam kategori fiksyen dan bukan fiksyen. Ia memberi peluang kepada pembaca yang tidak berkesempatan hadir ke PBAKL — sama ada disebabkan jarak, kekangan masa atau lain-lain komitmen — untuk turut sama menikmati tawaran istimewa dan koleksi pilihan ramai daripada pelbagai imprint di bawah PTS seperti Bookiut, Komik-M, Penerbit X, Puteh Press dan PTS Junior.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian mana-mana buku promosi ini turut melayakkan pembaca untuk menerima penanda buku eksklusif PBAKL 2025 secara percuma, selagi stok masih ada. Penanda buku ini direka khas berinspirasikan bandar buku setiap imprint menjadikannya koleksi unik untuk dimiliki.

Buku-buku terlaris ini boleh didapati di kedai buku terpilih seluruh Malaysia. Semak kedai berhampiran anda dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan judul yang telah mencuri perhatian ribuan pengunjung PBAKL.



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (198801006125) © 2000 - 2025