“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”
Tanpa terikat pada silibus yang ada pada buku-buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan perubatan dan politik.
Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari, Jilid Dua, Siri Empat adalah:
-
Benarkah Islam mengharuskan kematian bagi pesakit kronik?
-
Adakah pihak kerajaan berhak mengambil sebahagian daripada anggota ataupun organ mereka yang ditimpa kemalangan?
-
Adakah Islam membenarkan bagi menggugurkan kandungan yang bermasalah? Bagaimanakah pula dengan kandungan hasil daripada pemerkosaan?
-
Benarkah penyusuan bukan secara langsung daripada payudara ibu, tidak dikira sebagai anak susuan?
-
Apakah hukum mengikat saluran peranakan wanita dan lelaki bagi menghalang kehamilan?
-
Adakah benar Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz seorang yang jahil tentang politik?
-
Pandangan Islam berkaitan kepelbagaian parti dalam negara Islam.
Bahagian 1: Fiqh dan Perubatan
Bab 1: Eutanasia atau Mempercepatkan Kematian Pesakit Kronik
Bab 2: Isu Pemindahan Organ
Bab 3: Menggugurkan Kandungan yang Bermasalah
Bab 4: Bank Susu
Bab 5: Pengharaman Dadah
Bab 6: Hukum Menagih Qat
Bab 7: Hak dan Kewajipan ke Atas Waris Pesakit dan Rakan-Rakannya
Bab 8: Menggugurkan Kandungan Hasil daripada Pemerkosaan
Bab 9: Jawapan Ringkas Terhadap Soalan Spontan
Bahagian 2: Politik dan Pentadbiran
Bab 10: Islam Politik
Bab 11: Adakah Politik itu Perkara Mungkar?
Bab 12: Islam dan Demokrasi
Bab 13: Kepelbagaian Parti dalam Negara Islam
Bab 14: Toleransi dan Keadilan Islam Terhadap Bukan Islam
Bab 15: Peringkat-Peringkat Menegah Kemungkaran
Bab 16: Berhukum dengan Hukum Allah s.w.t.
Bab 17: Adakah Khalifah Ar-Rasyidin ke-5, Umar Bin Abdul Aziz Seorang yang Jahil Tentang Politik?