Buku

Malcolm X

oleh Al Ghazali

RM 22.00 / RM 0.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-967-411-757-3

Muka Surat: 224

Saiz: 5.5x8.5

Tarikh Terbit: 14 Oct 2016

Malcolm X dilahirkan pada tahun 1954 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan ‘white supremacist’ Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka.
Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolmdibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin.

Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston.
Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak.

Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam.
Adik-beradiknya sering datang melawat. Satu hari, mereka mengajaknya untuk tidak merokok dan makan babi. Lama-kelamaan, Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam.
Selepas keluar penjara pada tahun 1952 melalui jaminan parol, Malcolm tinggal bersama abangnya di Detroit dan bekerja sebagai jurujual perabot. Pada masa lapang, dia menyertai pergerakan Nation of Islam dan dilantik menjadi pembantu minister pada musim panas tahun 1953.
Malcolm menjadi figura penting yang memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam di Amerika melalui siri ceramah dan juga pengelibatannya dalam Nation of Islam.

Sokongan orang kulit hitam kepadanya menyebabkan Malcolm mengeluarkan seruan yang keras dan pihak berkuasa memandang perkara itu sebagai satu ancaman. Malcolm menjadi orang kedua paling penting dalam Nation of Islam selepas Elijah Muhammad menerusi kemahiran berpidato dan hujahnya yang lantang. Malcolm berjaya menginspirasikan seorang peninju, Cassius Clay atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali untuk menyertai Nation of Islam.
Pada tahun 1964, Malcolm meninggalkan Nation of Islam kerana isu kepimpinan dengan Elijah Muhammad. Dia pergi menunaikan haji di Mekah. Melihat bagaimana agama Islam boleh menyatukan penganut yang berbilang kaum dan bangsa, menghimpunkan warna kulit yang berbeza dalam satu perhimpunan yang besar membuatkannya tertarik. Dia melihat Islam sebagai satu cara untuk menghapuskan prejudis perkauman.

Selepas menunaikan haji, Malcolm melawat negara-negara Arab dan pulang ke tanah asalnya di beberapa buah negara Afrika.

Selepas kembali ke Amerika, Malcolm menggunakan nama Malik el-Shabazz dan mengakui dirinya sebagai seorang Sunni Muslim. Sejak dari hari itu, dia mendapat ugutan daripada Nation of Islam.

Pada tahun 1965, Malcolm mati dibunuh oleh tembakan shotgun ketika menghadiri satu rali di Manhattan. Jenazahnya dikebumikan di New York.

Sehingga ke hari ini, Malcolm X dikenali sebagai salah seorang sosok orang kulit hitam yang paling penting kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi dan menghapuskan penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024