Kesedaran bagi mengangkat Islam sebagai cara hidup memerlukan satu daya usaha yang tinggi. Islam sebagai sebuah agama yang menekankan kesepaduan yang merentasi batas peribadatan khusus perlu mendapat tempat sewajarnya.
Terdapat usaha bagi menyudutkan Islam supaya dilihat tidak lagi relevan. Islam cuba dipaparkan sebagai sebuah agama yang ketinggalan, jumud, dan kejam. Islam menaja keganasan, kezaliman, dan kepura-puraan.
Keadaan itu lebih menjadi-jadi selepas era perang dingin tamat. Lalu, Barat mengalihkan tumpuan dengan melihat Islam sebagai pesaing baru. Fenomena ini diburukkan lagi dengan kelemahan umat Islam dalam menguasai dan bersaing menggunakan senjata baru seperti media, ekonomi, dan budaya.
Dalam pada itu, imej Islam terus dilanyak bagi menggunakan pelbagai istilah seperti pengganas, ektremis, dan sebagainya. Apabila kejadian ini menjadi buruk, umat Islam mula bertindak balas. Umat Islam terpecah sekurang-kurangnya kepada empat kelompok bagi menanggapi serangan Barat:
- Menjadi kelompok pengkagum Barat. Mereka turut sama dalam pesta menghina dan merendah-rendahkan imej Islam.
- Kelompok yang berhadapan secara tegang dengan Barat. Menyerang balas dengan ganas sehingga mengangkat senjata. Mereka ini adalah yang digelar oleh Barat sebagai kelompok pengganas dan militan.
- Kelompok yang tidak mempedulikan segala serangan daripada musuh Islam. Mereka sibuk dengan ibadah yang bersifat ritual semata-mata. Pada mereka cukup sekadar menjaga diri. Akhirnya, mereka hidup dalam pemencilan yang tersendiri.
- Kelompok yang berkomunikasi dengan Barat daripada sudut idea, budaya, dan bahasa.Kelompok ini percaya, dialog dan wacana adalah satu kaedah yang mesti digunakan dengan sebaik-baiknya sementelah Barat sememangnya bersifat terbuka. Oleh itu, kelompok ini cuba menggunakan ruang ini sebaik-baiknya dengan keyakinan bahawa Islam mempunyai semua jawapan kepada persoalan hidup manusia.
Oleh yang demikian, bagi memperluaskan usaha berkomunikasi dengan dunia yang semakin rencam, maka kemunculan pemikiran-pemikiran baru yang mengangkat wacana maqasid syariah menjadi lebih bermakna dan segar.
Buku yang ditulis oleh Dr. Jasser Auda ini adalah satu daripada usaha bagi memperkenalkan asas memahami maqasid syariah, supaya masyarakat Islam lebih berupaya berinteraksi dengan kerencaman persoalan yang dilontarkan oleh pihak musuh Islam.
BAB 1 Maqasid Syariah
- Apakah Itu Maqasid?
- Antara Dua Mafhum, Al-Maqasid dan Al-Masalih
- Dimensi-Dimensi Maqasid Al-Maqasid dalam Ijtihad Para Sahabat
- Teori-Teori Awal Maqasid
BAB2 Imam-Imam Maqasid
- Abad Kelima Hingga Kelapan Hijrah
- Imam Al-Juwayni dan Al-Hajat Al-‘Ammah(Kehendak-Kehendak Umum)
- Imam Al-Ghazali dan Tertib-Tertib Keperluan(Ad-Dharuriyyat)
- Al-‘Izz Ibnu Abd. As-Salam dan Hikmah di Sebalik Hukum-Hakam
- Imam Al-Qarafi dan Jenis-Jenis Perilaku Nabi s.a.w
- Imam Ibnu Al-Qayyim dan Haqiqah As-Syariah
- Imam As-Shatibi dan Al-Maqasid Sebagai Usul As-Syariah (Fundamental Syariah)
BAB3 Peranan Maqasid dalam Pembaharuan Islam Kontemporari
- Maqasid Sebagai Satu Projek Pembangunan dan Hak-hak Asasi Manusia
- Maqasid Sebagai Asas untuk Ijtihad Baru Membezakan antara Al-Wasail dan Al-Ghayat
- Maqasid dan Tafsir Mawdhu’i untuk Al-Quran
- Mentafsirkan Maqasid Perbuatan Nabi s.a.w.
- Fath Ad-Dara’i Sebagai Pilihan Selain Sadd Ad-Dara’i
- Mencapai Maqasid ‘Alamiyyah (Kesejagatan)
- Maqasid Sebagai Landasan Bersama antara Mazhab-Mazhab
- Maqasid Sebagai Asas Bersama untuk Dialog antara Agama
- Pelaksanaan-Pelaksanaan Maqasid Syariah
- Kesimpulan
BAB 4 Siyasah As-Syariah
- Syariah dan Interaksi dengan Kepelbagaian Identiti
BAB 5 Syariah: Beza Antara Hukum dan Prinsip
BAB 6 Maqasid Praktikal Politik Nabi s.a.w.
BAB 7 Memahami dan Menyusun Keutamaan dalam Pergerakan
BAB 8 Syura Menolak Kediktatoran
BAB 9 Menentukan Hubungan Antara ‘Keagamaan’ dan ‘Kesivilan’
- Ad-Diniy Semata-Mata
- Al-Madaniy Semata-Mata
- Diniy – Madaniy
BAB 10 Teori Keadilan dan Bagaimana Merealisasikannya?
BAB 11 Dialog Antara Islamis dan Kem Sekular, Serta Liberal
BAB 12 Membezakan Antara Dosa dan Jenayah
BAB 13 Pelaksanaan Hudud Seperti yang Diseru oleh Sebahagian daripada Golongan Islamis
BAB 14 Jizyah yang Dilaungkan oleh Sesetengah Pihak
BAB 15 Undang-Undang Berkaitan Hal Ehwal Keluarga
Ben
Akan Terbit